Trending

Monday, 7 October 2019

Benarkah Kelapa Pandan Tak Boleh Ditanam Bersama Kelapa Lain


Benarkah Kelapa Pandan Tak Boleh Ditanam Bersama Kelapa Lain?
Kelapa Pandan merupakan varieti kelapa terpilih yang mula diperkenalkan di Thailand pada tahun 1971 dengan nama Nam Hom. Penaman kelapa varieti ini di Malaysia dipercayai tidak lama selepas itu.
Kelapa Pandan adalah jenis kelapa rendah, mempunyai pelepah dan buah yang bewarna hijau dan ciri paling utama adalah kelapa ini beraroma harum yang sama seperti bau tanaman daun Pandan (Pandanus amaryllifolius). Oleh sebab itu varieti ini dinamakan Kelapa Pandan.
Aroma itu adalah dari kompaun aromatik dalam tanaman ini iaitu 2-acetyl-1-pyrroline (2AP) yang mempunyai struktur kimia yang sama dengan bahan dalam beras wangi. Pada kelapa Pandan, aroma seakan Pandan ini dapat dikesan secara menghidu pada daun, pelepah, akar dan semua bahagian buah termasuk air kelapa.
Soalan yang sering ditanya oleh peminat dan penanam kelapa adalah, boleh atau tidak kelapa varieti ditanam secara bersama dalam sebuah kebun atau berdekatan antara satu dengan yang lain?
Paling utama, adakah bau harum pada isi dan air kelapa itu akan terjejas?
Kajian yang dijalankan dalam 10 tahun kebelakangan ini menunjukkan wujud kesan jika berlaku kacuk silang dari varieti lain, malah kandungan 2AP juga menunjukkan penurunan pada musim hujan. Namun terdapat kajian mengatakan bahawa penurunan bukanlah disebabkan pencairan akibat kelebihan air.
Walaubagaimanapun, kesan kacuk silang kepada kandungan bahan 2AP tidak mutlak dan berbeza pada induk yang berlainan. Ini menyebabkan beberapa pengkaji dan pakar kelapa bersetuju dengan hipotesis bahawa ciri fenotip endosperma kelapa tidak mengikut hukum Mendel tetapi berasaskan epigenetik.
Apa yang perlu kita ketahui bahawa isi dan air kelapa adalah endosperma buah kelapa yang mana dalam keadaan triploid (3n) yang mana 1n berasal dari debunga induk lain. Jika menurut hukum Mendel gen dominan akan menunjukkan ciri jika berpasang dengan gen resesif.
Jadi kesimpulan dari perbincangan ini adalah:
Bolehkah kelapa Pandan ditanam bersama kelapa lain?
1. Pada saya, jika untuk penghasilan buah, kelapa Pandan boleh ditanam bersama kelapa lain namun untuk kualiti terbaik perlu ditanam secara varieti tunggal.
2. Jika untuk tujuan menghasilkan benih, pastinya tidak kerana bagi penghasilan benih kelapa inbred, induk perlu terasing dari kelapa varieti lain untuk mengelakkan kacuk silang berlaku.
Kredit: Hisham Rahim




Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts