Trending

Friday 13 September 2019

Saya percaya Yusry dah matang Ini reaksi Erra jika disatukan dengan bekas suami


PELAKON Erra Fazira tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya mana-mana produksi berhasrat menggandingkannya dengan bekas suami, Yusry Abdul Halim.
Kata Erra, dia sentiasa bersikap profesional dan menyifatkan sejarah antara mereka sebagai kenangan yang tidak seharusnya menjejaskan kredibiliti masing-masing dalam industri.
“Ya, kalau digandingkan dalam satu screen, ia adalah kali pertama buat kami selepas 13 tahun.
“Kita dalam satu industri… pusing-pusing pun akan bersua juga.


Erra mengakui tidak kisah jika digandingkan dengan Yusry.
“Sama ada dalam satu frame atau majlis, kami dah biasa berjumpa. Jadi ia tidak menjadi apa-apa isu bagi saya,” katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Erra berkata dia juga gembira dengan kehidupannya ketika ini malah menganggap gandingan bersama bekas suami tidak menjejaskan dirinya.
“Masing-masing dah ada kehidupan sendiri, dah happy dan saya pun gembira dengan hidup saya.
“Apa yang tinggal itu adalah memori lama dan ia tidak menjejaskan apa-apa pun.
“Saya percaya Yusry pun dah matang dengan benda-benda begini dan tak timbul soal tercuit atau apa,” katanya lagi.
Erra sebelum ini dilihat begitu profesional mengendalikan temubual bersama Yusry menerusi episod pertama All Stars Buka Panggung yang memegang watak sebagai Dewi Seri Panggung.
Tindakan Erra itu menerima pujian ramai netizen di Twitter.
Gandingan Erra dan Yusry pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Erra dan Yusry sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada Jun 2003 namun berpi1sah tiga tahun kemudian.
p/s: Semoga Erra bakal berjumpa dengan pasangan hidup yang boleh menjaganya suatu hari nanti
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
sumber: mstar

1 comment:

  1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya menulis pesan ini biar
    Semua orang tau,ini sebuah kisa nyata dari saya dan tidak ada rekayasa sedikit pun yang saya tulis ini,sekali lagi terimah kasih banyak ya Aki dan insya allah suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu Sartika dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete

About

Popular Posts