Trending

Friday 13 September 2019

Lufya Dakwa Diania4ya Suami


PELAKON Lufya Omar mendakwa suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 29, tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami selepas tiga bulan mereka bergelar suami isteri.
Lebih mengejutkan, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata, suaminya juga didakwa pernah melakukan penganiayaan yang disifatkan sebagai ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya.
“Follow, unfollow, blocked? Follow, unfollow… blocked? Ni cara nak selesaikan masalah ke?
“Sejak tiga bulan kita berkahwin, kau dah buat penganiayaan yang tak terjangkau fikiran.
“Lari daripada tanggungjawab sehingga masuk tiga bulan setengah berturut-turut. Aku diam, sampai tak mampu aku pikul sendiri lagi dan kesalahan itu kau ulang sehingga enam kali!” katanya.



Menerusi perkongsian itu, Lufya turut memuat naik paparan skrin menunjukkan akaun Instagram miliknya disekat oleh suaminya.
Selain itu, Lufya berkata, dia turut mengalami kemurungan selain luka pada bahagian badan akibat perlakuan suaminya.
“Enough is enough… Aku bercita-cita nak jadi isteri solehah sebab tu aku diam sampai makan diri.
“Aku pernah sakit, aku kemurungan, tak sangka impian dan cita-cita nak jadi isteri solehah sesukar ini cubaanya.
Lufya sebelum ini tidak pernah mendedahkan perihal rumah tangganya kepada umum.
“Kesabaran aku diduga terlalu lama. Luka dekat badan tak sesakit luka dekat dalam hati ni. Thank you so much!” tulisnya.
Dalam pada itu, Lufya berkata, dia tidak berniat untuk membuka aib suaminya namun kesabarannya itu sudah sampai pada tahapnya maksimum.
Katanya, suaminya itu turut membuat fitnah terhadap dirinya semata-mata mahu menyelamatkan diri sendiri.
“Jangan cakap isteri tak tutup aib suami kalau suami tu yang buka aib di dada!
“Dah cukup lama aku bersabar… Dah cukup lama aku dianiaya!
Fitnah isteri dekat keluarga macam-macam semata-mata nak tutup kesalahan sendiri
LUFYA OMAR
Pelakon
“Fitnah isteri dekat keluarga macam-macam semata-mata nak tutup kesalahan sendiri,” katanya.
Pelakon Lufya selamat bergelar isteri kepada Che Muhammad Hafiz Che Baharum dengan sekali lafaz pada 26 November 2016.
Hasil perkongsian hidup selama tiga tahun pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Laana Haura yang kini berusia dua tahun.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat Lufya memohon agar wanita itu bersabar dan terus kuat demi anak.
Lufya dan Hafiz bernikah pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak, Laana Haura yang lahir pada 11 November 2017.
p/s: Apa-apa pun kami mengharapkan kemelut yang sedang melanda rumah tangga mereka dapat di selesaikan dengan sebaik mungkin
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
sumber: mstar


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts