Trending

Saturday 14 September 2019

Satu pakej pembangunan tanah dusun lengkap sistematik dan mudah senggara dengan kos efektif


BERIKAN SAYA PELUANG...
Bulan ini genap empat tahun saya mengusahakan perniagaan dalam bidang nurseri pertanian dan pembangunan dusun.
Bangkit daripada kejatuhan dalam perniagaan akuakultur ternakan ikan dalam sangkar di Sg Pahang akibat serangan bertubi-tubi oleh Pihak Berkuasa Negeri yang mahu membunuh kehidupan bekas seorang wartawan yang lantang memperjuangkan isu alam sekitar dan nasib rakyat marhaen, saya bermula dengan nurseri anak benih buah-buahan secara kecil-kecilan dan berniaga di pasar pagi menggunakan lori tiga tan dengan konsep Nurseri Bergerak atau Mobile Nursery.
Alhamdulillah selepas empat tahun bergolok-bergadai dan bertungkus-lumus membina semula perniagaan dengan berpegang kepada prinsip "mengutamakan kualiti dan kepuasan pelanggan" - saya kini mampu berdiri semula untuk melangkah lebih jauh menawarkan perkhidmatan pembangunan tanah dusun secara professional menerusi Pakej Dusun Durian Moden (DDM).
Dalam tempoh empat tahun dalam peniagaan tani ini, saya ingin merekodkan rasa sedih dengan sikap orang kita yang lebih yakin dengan keupayaan bangsa lain untuk memajukan tanah mereka berbanding kemampuan bangsa sendiri hingga akhirnya ada yang tertipu dan terpaksa membayar kos dua kali ganda lebih mahal.
Oleh itu, berilah saya peluang untuk membangunkan tanah anda dengan kepakaran dan inovasi tani terkini supaya impian anda untuk memiliki dusun durian moden menjadi kenyataan.

DUSUN DURIAN MODEN (DDM)... Satu pakej pembangunan tanah dusun lengkap, sistematik dan mudah senggara dengan kos efektif yang ditawarkan oleh Hybrid Agro Farm & Nursery (Hybrid Nursery).
Pakej DDM meliputi 4 komponen utama seperti berikut:
1. KERJA-KERJA TANAH - menebang dan membersihkan kawasan tapak projek. membuat teres dan susun atur dusun. Jentera kami Excavator DOOSAN 225 & Backhoe CASE 580M2.
2. MEMAGAR - Pilhan tiang kayu teras Merbau, Resak dan Keladan atau tiang konkrit. Jaring pagar Cyclone buatan Australia. Pagar elektrik solar + bateri PEL buatan New Zealand menggunakan high tensile wire (pagar gajah).
3. PENGAIRAN - membekal dan memasang Sistem Titisan Air Automatik atau AWDS ke setiap pokok durian serta dilengkapi dengan dispenser baja larut.
4. ANAK BENIH - membekal dan menamam anak benih durian berkualiti tinggi dengan pilihan saiz ketinggian dari 1 kaki hingga 7 kaki (Musang King).
Untuk pertanyaan dan tempahan sila WhatsApp ke 0139288288














Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts