Trending

Friday, 7 June 2019

Tutorial Cara Sambung Pucuk Durian Musang King


Mencantum pucuk durian merupakan antara kaedah mempercepatkan pengeluaran hasil yang semakin popular di kalangan pekebun durian berbanding dari biji kerana lambat berbuah.

Kelebihan durian yang di cantum berbuah lebih cepat iaitu bermula sekitar 4-5 tahun bergantung pada cara penjagaannya berbanding dari biji yang berbuah sekitar 7 -10 tahun.

Antara teknik sambung pucuk durian yang semakin trending sekarang ialah melalui kaedah cantuman baji menggunakan satu mata tunas + 1 helai daun penuh, lebih mudah dan menjimatkan mata tunas.


Media tanah yang sesuai digunakan adalah 50% tanah kuning + 50% sekam padi bakar agar pokok tumbuh subur, cepat berakar serta air tidak bertakung.

Sungkupan menggunakan baldi yang ditutup rapat dengan plastik lutsinar dan diletakkan di bawah pokok yang tidak terkena cahaya matahari yang panas.



Bagi anda yang sering gagal membuat cantuman durian, sila tonton hingga habis video di bawah sebagai rujukan. 





Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts