Trending

Friday, 7 June 2019

Tutorial Cara Menyemai Biji Durian Yang Betul Supaya 100 peratus Tumbuh Subur Dan Tidak Mati


Penanaman durian bermula dari biji yang disemai di tapak semaian, atau dalam pasu/polybag besar yang mengandungi 100% pasir atau di semai terus di polybag yang berukuran 6x9cm atau 7x10cm yang biasa saya gunakan.

Sebelum proses menyemai dilakukan, biji durian perlu di rendam dengan air + hormon penggalak akar selama satu atau dua malam sehingga akar kelihatan keluar.

Kaedah menyemai yang saya sarankan adalah menanam terus ke dalam polybag yang diisi dengan 50% tanah kuning + 50% sekam padi bakar supaya pertumbuhan lebih subur.

Tujuan menyemai durian dari biji biasanya untuk dijadikan sebagai pokok penanti, dimana kaedah mencantum benih durian dilakukan melalui teknik baji, mata tunas dan sisip tepi.

Masa yang sesuai untuk melakukan penyemaian biji durian adalah ketika musim durian iaitu sekitar julai sehingga febuari setiap tahun.

Biasanya harga runcit bagi sepokok benih durian kawin adalah sekitar RM35 dan lebih murah sekiranya membeli dalam kuantiti yang banyak, selain bergantung pada lokasi dan pembeli.

Bagi anda yang teringin menanam durian dari biji untuk tujuan grafting dan komersial, boleh tonton video dibawah sebagai rujukan, kredit video oleh Putra Rimba.



Sekian sahaja artikel buat kali ini, semoga bermanfaat. Jangan lupa like page PSP dan follow fb saya Donny Ien untuk dapatkan lebih banyak tips menarik.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts