Trending

Saturday, 1 June 2019

Tips Memilih Tunas Durian Yang Sesuai Untuk Membuat Cantuman


Durian merupakan antara buah-buahan tempatan yang paling sedap dan digemari seluruh rakyat Malaysia. Saya boleh katakan tersangatlah rugi bagi mereka yang tidak suka menikmati buah durian ini terutama Musang King.

Di Malaysia pokok durian ditanam secara komersial dan mendapat permintaan yang tinggi di luar negara terutama di negara China. Faktor cuaca menyebabkan durian disana tidak boleh tumbuh kerana sejuk. Durian perlukan cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun.

Pokok durian berbuah seawal 4-5 tahun setelah melalui proses grafting atau cantuman berbanding ditanam dari biji yang berbuah agak lambat iaitu sekitar 7-10 tahun.

Artikel kali ini saya kongsikan petua atau tips memilih tunas durian yang sesuai untuk membuat cantuman. Saya menulis artikel ini buat semua followers yang berminat buat cantuman durian tapi masih gagal.

Ramai yang bertanya pada saya, apa sebab cantuman tidak menjadi walaupun dah banyak kali buat tapi masih tidak berjaya, cantum 10 pokok tapi satu pun tidak menjadi! apa rahsianya? okey biar saya bongkarkan...

Ada tiga faktor utama yang menentukan kejayaan sesuatu cantuman. Pada kali ini saya cuma kongsikan salah satu. Yang selebihnya saya akan kongsikan pada artikel yang akan datang.

Pemilihan TUNAS merupakan salah satu perkara yang paling penting sebelum membuat cantuman. Jika tersalah pilih tunas yang tidak sesuai, semua kerja mencantum akan gagal. Sama dengan memilih pasangan hidup, salah pilih, rumahtangga goyang! pilihlah dengan berhati-hati...

Tunas haruslah diambil dari tunas air yang sederhana tua. Tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Lebih kurang seorang remaja berumur 18-25 tahun gitu. Sesuai untuk berkhawin hehee.

Jika tunas diambil terlalu muda, tunas cepat menjadi layu dan kering sebelum proses cantuman terhasil. Manakala jika tunas terlalu tua, batang atau kulitnya keras dan cantuman sukar menjadi.

Ini contoh tunas durian yang terlalu muda







Lihat video dibawah cara memilih tunas cantuman durian dengan betul



Sekian dulu artikel ringkas pagi ini, nantikan artikel seterusnya bagaimana lakukan cantuman dengan betul.

Semoga bermanfaat buat semua pembaca. Jangan lupa like page PSP dan follow fb saya Donny ien


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts