Trending

Saturday, 1 June 2019

Panduan lengkap Menanam Buluh Madu Komersial Untuk Menjana Pendapatan Lumayan


Buluh Madu yang dipercayai berasal dari Thailand merupakan pokok yang senang ditanam dan diselenggara selain mampu memberi hasil yang berterusan dan lumayan. Bak kata Teresa Kok, lupakan sawit, jom tanam buluh!

Kelebihan buluh madu berbanding buluh yang lain adalah ia tidak miang, rasa rebungnya yang lebih lemak manis bagi hidangan pelbagai jenis lauk selain boleh dijadikan sebagai jeruk manisan, tepung, kerepek, dan boleh juga dijadikan sebagai pokok hiasan.

Pokok buluh ini senang tumbuh dan tidak memilih jenis tanah, namun lebih baik tanam di kawasan yang mempunyai saliran yang baik.



Sebelum memulakan penanaman, adalah disyorkan untuk menabur kapur GML+organic+CIRP pada lubang tanaman bagi menggalakkan pertumbuhan akar dan mengurangkan kadar kematian anak benih.

Ada tiga cara mendapatkan anak benih rebung madu iaitu dari biji, tissue culture dan daripada anak pokok selepas rebung diambil namun cara pertama dan kedua jarang-jarang dibuat kerana sukar mendapatkan biji dan memerlukan kos yang tinggi.




Cara ketiga lebih senang dibuat kerana keratan batang senang diperolehi dan senang ditanam. Keratan batang yang ditanam memerlukan sekurang-kurangnya 3 atau 4 ruas.

Dahan yang dipilih haruslah bebas dari sebarang penyakit, segar dan baru. Keratan yang dipotong seeloknya ditanam segera bagi mengelakkan ia kering dan tidak tumbuh.

Untuk menggalakkan pertumbuhan akar yang cepat, digalakkan untuk menyapu hormon penggalak akar pada keratan dahan.



Petua untuk mengambil dahan untuk ditanam, seeloknya potong bahagian tengah dan atas batang buluh yang berusia dua hingga tiga tahun kerana ia didapati mempunyai kadar kehidupan yang baik.



Benih buluh madu yang sedia untuk ditanam


Benih yang sedia ditanam ialah sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan selepas ditanam dalam polybag, iaitu selepas akar sudah tumbuh

Sebelum benih ditanam, keratan dibiarkan di tapak semaian selama tiga hingga empat bulan iaitu hingga keratan itu berakar.

1 ekar tanah dapat ditanam lebih kurang 300 hingga 350 pokok dengan menggunakan kaedah tanaman 12 kaki x 12 kaki atau 15 kaki x 20 kaki.

Sebelum hasil pertama dituai, rebung dibiarkan tumbuh terlebih dahulu lebih kurang 5 hingga7 batang bagi satu rumpun.

Buluh madu perlu dicuci dan dipangkas bagi mengelak pokok menjadi terlalu besar, tinggi dan terlalu banyak dalam satu rumpun untuk menjimatkan kos membaja.




Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts