Trending

Wednesday, 4 April 2018

Pelayan Tak Cukup Kain Pemilik Kafe Berdepan Hukuman Penjara


BANGKOK – THAILAND. Seorang pemilik kafe di Chonburi berdepan hukuman tiga hingga lima tahun penjara selepas memuat naik gambar serta video dua pelayan ‘tak cukup kain’ di media sosial, baru-baru ini.
Pemilik kafe berkenaan, Prasong Sukkorn berkata, dia tidak berniat menyebarkan bahan berunsur p0rnografi, sebaliknya ia lebih kepada strategi pemasaran.


“Saya sekadar mahu mempromosikan kafe… dengan gimik seumpama ini, saya harap ia mampu meningkatkan hasil jualan.
“Saya minta maaf jika ia menyinggung hati pihak-pihak tertentu,” katanya.
Sementara itu, pegawai polis daerah Sattahip, Komander Thanachai Usakit berkata, pemuda berkenaan telah mengaku kesilapannya dan berdepan denda 100,000 Bhat (kira-kira RM12,349).





“Dia tidak menyedari tindakannya adalah satu kesalahan di sisi undang-undang kerana kedua-dua model berkenaan tidak bogel sepenuhnya.
“Apapun, kami tetap menyiasat perkara ini dan tindakan sewajarnya akan diambil ke atas pemilik kafe tersebut,” katanya.
Video berkenaan memaparkan dua model seksi, Arisa Suwannawong dan Minggomut Kongsawas yang beraksi ghairah dan manja ketika sedang melayan pelanggan.
Dalam satu babak, Arisa dilihat hanya mengenakan apron kecil bagi menutup bahagian dadanya.
“Kami tidak dibayar. Niat kami hanya membantu kerana kafe ini baru sahaja dibuka.
“Kalau ada yang marah, kami minta maaf,” kata Arisa.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts