Loan Rumah 120,000 jadi 500,000 lebih dengan Islamic Financing?
Benda ni selalu terjadi bila korang apply Islamic Financing. Loan dah lulus & disbursed, tapi bila bukak Online Banking, pasti ramai terkejut bila tengok Baki Loan (Outstanding).
Asalnya apply 120,000 je, tapi tengok-tengok kat Online Banking, jadi 523,000. Terkejut Beruk x?
Jadi mari lah pelbagai andaian yang kata Islamic Financing ni menindas, gile, baik amik convensional je dan lain-lain.
Katanya kalau amik Convensional Loan dengan loan yang sama 120,000, baki loan xde sampai 523,000. Kalau amik kiraan interest sama sepanjang 40 tahun, total bayaran baru 240,000. Jauh lebih murah dari Islamic Financing.
.....................................................
Abang2 & Kakak2 sekalian,
Jangan terpedaya mazhab netizen yang xde ilmu banking dan jauh terpesong.
1st kena faham yang CARA KIRAAN Interest (Profit Bank) adalah SAMA je bagi Islamic Financing atau pun Convensional Loan. Semuanya menggunakan konsep kiraan effective rate.
Contoh kiraan interest
120,000 x 3.8% x 30/366 = RM373.77
Interest (profit Bank) sebulan ialah RM377. Dan interest ini setiap bulan akan makin berkurang.
Interest Rate (Profit Bank) adalah berubah mengikut BR/BLR/BFR yang naik turun bila BNM mengubah OPR.
Tapi kat sini Islamic Financing ada KELEBIHAN iaitu kerana ada CEILING RATE. Biasa setiap bank punya Ceiling Rate ialah 10.75%.
Maksudnya jika BR/BLR/BFR naik mendadak sampai melebihi ceiling rate, ia xkan melebihi paras 10.75%. Berbeza dengan Convensional Loan yang boleh naik melebihi 10.75%.
............................................
Ok berbalik kepada persoalan asal.
Dekat Online Banking korang tu, Baki Loan (Outstanding) tu naik sampai 523k tu ialah sebab bank kira guna Ceiling Rate 10.75%. Iaitu Bermaksud Total Payment (guna installment rate 10.75%) korang kalau Interest Rate 10.75% sepanjang 40 tahun tersebut.
1,090 x 12 bulan x 40 tahun = RM523,20
(refer gambar 1 di komen)
Kenapa bank guna Ceiling Rate tinggi?
Dalam Islamic Financing kita berakad dengan harga jualan (guna ceiling rate). Dokumen yang kita sign tu x boleh diubah dah. Melalui ceiling rate ni bank try manage funding risk selama 40 tahun tersebut.
Tapi jangan ingat rate yg dikenakan bases on ceiling rate, sebab bank akan bagi Ibra (rebate) based on profit bank (interest rate) yang kita dapat 3-4%. Bukan ceiling rate 10.75%
Walaupun kat online banking tunjuk 500k, kalau korang nak buat FULL SETTLEMENT pun, korang hanya perlu bayar bawah 120k je
korang hanya perlu bayar bawah 120k je
korang hanya perlu bayar bawah 120k je
....
....
No comments:
Post a Comment