Trending

Sunday, 4 October 2020

Klon durian yang agak istimewa iaitu klon durian Luas dari Nabawan

 


( baru tambah gambar bijinya)Hari ini dapat merasa satu klon durian yang agak istimewa iaitu klon durian Luas dari Nabawan . Terima kasih kepada tuan
Anchung Jm
yang sudi menjualkan buahnya kepada Saya untuk dirasakan buat Kali pertama .
Warna isi memang cantik . Daunnya Pula berbeza dengan klon durian Lai/nyekak . Rasanya amatlah istimewa dengan kemanisan Dan aroma yang Saya tidak pernah rasa langsung . Saya seperti budak yang begitu gembira kerana mendapat hadiah yang amat disukai . Isinya pula agak pekat berbanding klon durian biasa .
Saya juga sempat membawa sebiji durian Luas untuk tuan
Bryan Pang
merasa untuk mendapatkan pandangan yang berbeza . Menurut beliau , durian ini rasa yang lebih aromatic berbanding durian Dalit Dan mempunyai bau yang kuat Dan berbeza . Gembira kerana beliau dapat menikmati durian yang sedap.
Disamping itu , Saya juga amat bertuah apabila tuan
Wong Kui Min
memberi buah kanyau kepada Saya . Walaupun sudah di penghujung musim, rasanya masih sedap untuk dinikmati.
Terima kasih kepada semua kawan kawan yang sudi berkongsi pengalaman mengenai durian dengan Saya . Saya amat menghargai semua bantuan Dan sokongan daripada kamu semua. Harap covid-19 Akan hilang secepat mungkin dari dunia ini Dan Kita semua kembali sihat serta Aman damai.






Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts