Trending

Sunday 4 October 2020

Bermula dengan durian Sigapon Mas

 


Hari ini bercerita sedikit tentang buah durian yang boleh didapati di Sabah . Sempat memakan empat jenis buah dimana Dua daripadanya adalah klon yang special Dan belum didaftar lagi .
Bermula dengan durian Sigapon Mas dimana ramai yang menberi pendapat pada posting sebelum ini ialah durian kanyao tetapi sebenarnya jauh berbeza . Rasa durian manis pahit yang kuat dengan isinya yang agak lemak . Boleh dikatakan durian yang agak sedap Dan boleh ditanam dengan lebih banyak dikebun.
Durian kedua yang Saya makan ialah durian Michael Wong . Ini ialah Kali pertama Saya dapat memakan buah ini kerana durian ini luruh agak lambat berbanding durian klon lain . Rasa aroma yang cukup kuat Dan istimewa dengan pahit manis yang betul betul sedap . Isinya pula tebal Dan berlemak . Durian ini setanding dengan durian klon sedap seperti musang king,tekka atau Udang merah.
Yang berikutnya ialah durian kanyao . Rasanya yang pahit manis tetapi aromanya agak sederhana berbanding durian Sigapon Mas Dan Michael Wong . Walau bagaimanapun , rasanya mempunyai citarasa istimewa yang tersendiri . Isinya memang terkenal dengan ketebalannya Dan juga isi yang halus (smooth). Durian ini boleh dikategorikan sebagai durian yang sedap juga.
Yang terakhir ialah Musang king. Kebetulan pokok ini Kali pertama berbuah, maka isi Dan rasanya agak kurang terserlah berbanding durian yang lain . Tetapi masih mempunyai rasa Musang king yang tersendiri .
Kalau empat klon ini dibandingkan , no 1) Michael Wong 2) Sigapon Mas 3) kanyao 4) Musang king. Saya terkejut dengan rasa durian Michael Wong yang sedap kerana tidak menyangka klon ini yang tidak popular langsung mempunyai potensi yang tinggi untuk diperkembangkan.
Harapan Saya ialah tuan kebun berjaya mendaftar klon durian ini . Semoga berjaya . Bagi yang berminat untuk dapatkan klon Sigapon Mas Dan Michael Wong, boleh menghubungi Saya . Terima kasih kepada yang sudi membaca .






Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts