Trending

Sunday, 4 October 2020

Durian Dalit oren dalam lebih kurang 18 kg untuk dibawa balik kepada keluarga

 


Semasa dekat sipitang Sabah , Saya sempat membeli durian Dalit oren dalam lebih kurang 18 kg untuk dibawa balik kepada keluarga . Durian dalit memang kegemaran semua di dalam keluarga Saya.
Rasa dalit yang pahit dengan sedikit manis Serta dengan aroma seperti 'arak' yang kuat memang amat sedap . Isinya kurang tebal tetapi amat berlemak . Buahnya agak kecil jika dibandingkan dengan durian klon Dan bijinya pula amat sesuai untuk disemai . Biji yang disemai amat sesuai untuk dijadikan pokok penanti disebabkan akarnya yang lebih tahan lasak berbanding durian klon biasa.
Bagi tuan kebun di Sabah yang mempunyai durian hutan , Tak Kira apa jenis , sama Ada dalit kuning, dalit oren , dalit merah , sukang, polo, tenom beauty atau atau yang lain lain lagi , Saya meminta izin untuk pergi melawat ke kebun kamu . Saya ingin mengambil pengalaman untuk belajar tentang durian hutan dengan lebih banyak .
Kalau Ada yang sudi memberi scion atau menjual anak pokok selepas melawat kebun kamu amatlah Saya hargai. Saya ucapkan ribuan terima kasih terdahulu dengan harapan Ada tuan kebun yang Akan melayan Saya selepas tengok posting ini .



Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts