Trending

Thursday, 19 November 2020

Allah SWT mengabulkan doanya melunasi hutang dan meluaskan rejeki baginya

 


Doa agar cepat bayar hutang lunas yang mustajab sebagaimana yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Sahabatnya ketika sedang terlilit hutang.
Dimana Rasulullah SAW membacakan dua ayat Al-Quran dari Surah Ali Imran yakni ayat ke 26 – 27. Yang kemudian sahabat Rasul tersebut mengamalkan ayat-ayat yang diajarkan sebagai doa dan wirid harian, sehingga Allah SWT mengabulkan doanya melunasi hutang dan meluaskan rejeki baginya.
Dan berikut adalah Bunyi ayat Al-qur'an surat Ali Imran ayat ke 26 dan 27, seperti yang diamalkan sahabat Rasul sebagai Doa Cepat Melunasi Hutang dan Hutang Cepat Terbayar
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ -٢٦
QULI ALLAAHUMMA MAALIKA ALMULKI TU’TII AL MULKA MAN TASYAAU WATANZI’U ALMULKA MIMMAN TASYAAU WATU’IZZU MAN TASYAAU WATUDZILLU MAN TASYAAU BIYADIKA ALKHAYRU INNAKA ‘ALAA KULLI SYAY-IN QADIIRUN
Artinya :
Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي الْنَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الَمَيَّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ -٢٧
TUULIJU ALLAYLA FII ALNNAHAARI WATUULIJU ALNNAHAARA FII ALLAYLI WATUKHRIJU ALHAYYA MINA ALMAYYITI WATUKHRIJU ALMAYYITA MINA ALHAYYI WATARZUQU MAN TASYAAU BIGHAYRI HISAABIN
Artinya :
Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas).

Selawat Tafrijiyah Siapa Amal Bertalu Rezeki Masuk Dan Pelbagai Jalan Keluar Dari masalah

 


Selawat Tafrijiyah
Siapa Amal Bertalu Rezeki Masuk Dan Pelbagai Jalan Keluar Dari masalah.
Kepada sesiapa yang sedang sakit, yang sedang ditimpa masalah, yang sedang ada sebarang hajat, amalkanlah Selawat Tafrijiyah.
Antara kebaikan pengamal selawat ini:-
1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
3. Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
4. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
5. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
6. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
Menurut Imam Ad-Dainuri, barang siapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
Sabda Nabi SAW: Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani


Monday, 16 November 2020

Foto Artis Melayu Berkemban

 










Sunday, 4 October 2020

Bila bercerita tentang Durian Nutrient Deficiency melalui penulisan memang agak susah

 


Bila bercerita tentang "Durian Nutrient Deficiency" melalui penulisan memang agak susah untuk kita gambarkan bagaimana siptom-siptom berkenaan terbentuk pada daun.
Alhamdulillah..setelah sekian lama, dapat jua saya kumpulkan beberapa sample daun dan buah durian untuk dijadikan bahan rujukan buat semua. Semoga ilustrasi bergambar yang diterangkan berserta solusi ini dapat membantu tuan puan mengatasi masalah tanaman durian sekiranya siptom-siptom yang saya sebutkan ini berlaku.
Kupasan bergambar kali ini membentangkan beberapa unsur dari kelas Makronutrien dan Mikronutrien untuk Siri Pertama. InshaAllah untuk siri kedua saya akan kumpulkan sample-sample daun bagi siptom seterusnya yang belum disebutkan.
Jika tuan puan mempunyai gambar yang berkenaan selain dari unsur yang saya sebutkan. Boleh sumbang kepada kami dengan cara inbox 📩 di page
Durian Monthong Tani
😊
Moga membantu anda semua, inshaAllah..
Belajar sesuatu? silakan #SHARE ya
.
.








Resepi percuma untuk anda membuat baja kompos sendiri

 


NAK RESEPI BAJA ORGANIK PERCUMA?
KAMI AKAN HANTAR PDF KEPADA YANG MINTA DI RUANGAN KOMEN SAHAJA. SILA SHARE.
(KAMI STOP HANTAR PDF SELEPAS 10:30AM 4 OKTOBER 2020. HARAP MAKLUM.)
Kami akan berikan resepi percuma untuk anda membuat baja kompos sendiri, sesuai untuk kegunaan kebun durian, kebun buah-buahan dan kebun sayur-sayuran. Dalam keadaan gawat, tak perlu lah membazir duit. Kita kongsi ilmu dan cara supaya boleh bantu pekebun maju.
Bukan semua orang akan dapat guna Durio Plus, tetapi ramai orang boleh menggunakan baja asli "Rapid Composting Technology" yang dimulakan pada tahun 1988. Kami akan berkongsi resepi dan teknologi Rapid Composting dengan anda kerana kami tak guna teknologi ini dan tak rugi kami share untuk manfaat orang ramai.
RAPID COMPOSTING TECHNOLOGY - 1988
There is a visible impact on the national food and nutritional security. Now we are observing the second-generation problems due to rigorous cultivation and imbalanced use of fertilizers and hardly any application of organic manure. There is a decline in organic carbon content in the soil. In fact, scientists have found out that less organic carbon in the soil system is the main cause of the decline in the response ratio of added chemical fertilizers, which follows the law of diminishing returns.
Development of Rapid composting techniques to produce organic fertilizers will help to minimize soil pollution due to chemical fertilizers and will help in Agricultural and Industrial organic solid waste management.

Loan Rumah 120000 jadi 500000 lebih dengan Islamic Financing

 


Loan Rumah 120,000 jadi 500,000 lebih dengan Islamic Financing?
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Benda ni selalu terjadi bila korang apply Islamic Financing. Loan dah lulus & disbursed, tapi bila bukak Online Banking, pasti ramai terkejut bila tengok Baki Loan (Outstanding).
Asalnya apply 120,000 je, tapi tengok-tengok kat Online Banking, jadi 523,000. Terkejut Beruk x? 🤣
Jadi mari lah pelbagai andaian yang kata Islamic Financing ni menindas, gile, baik amik convensional je dan lain-lain.
Katanya kalau amik Convensional Loan dengan loan yang sama 120,000, baki loan xde sampai 523,000. Kalau amik kiraan interest sama sepanjang 40 tahun, total bayaran baru 240,000. Jauh lebih murah dari Islamic Financing. 🤔
.....................................................
Abang2 & Kakak2 sekalian,
Jangan terpedaya mazhab netizen yang xde ilmu banking dan jauh terpesong.
1st kena faham yang CARA KIRAAN Interest (Profit Bank) adalah SAMA je bagi Islamic Financing atau pun Convensional Loan. Semuanya menggunakan konsep kiraan effective rate.
Contoh kiraan interest 👇
120,000 x 3.8% x 30/366 = RM373.77
Interest (profit Bank) sebulan ialah RM377. Dan interest ini setiap bulan akan makin berkurang.
Interest Rate (Profit Bank) adalah berubah mengikut BR/BLR/BFR yang naik turun bila BNM mengubah OPR.
Tapi kat sini Islamic Financing ada KELEBIHAN iaitu kerana ada CEILING RATE. Biasa setiap bank punya Ceiling Rate ialah 10.75%.
Maksudnya jika BR/BLR/BFR naik mendadak sampai melebihi ceiling rate, ia xkan melebihi paras 10.75%. Berbeza dengan Convensional Loan yang boleh naik melebihi 10.75%.
............................................
Ok berbalik kepada persoalan asal.
Dekat Online Banking korang tu, Baki Loan (Outstanding) tu naik sampai 523k tu ialah sebab bank kira guna Ceiling Rate 10.75%. Iaitu Bermaksud Total Payment (guna installment rate 10.75%) korang kalau Interest Rate 10.75% sepanjang 40 tahun tersebut.
1,090 x 12 bulan x 40 tahun = RM523,20
(refer gambar 1 di komen)
Kenapa bank guna Ceiling Rate tinggi?
Dalam Islamic Financing kita berakad dengan harga jualan (guna ceiling rate). Dokumen yang kita sign tu x boleh diubah dah. Melalui ceiling rate ni bank try manage funding risk selama 40 tahun tersebut.
Tapi jangan ingat rate yg dikenakan bases on ceiling rate, sebab bank akan bagi Ibra (rebate) based on profit bank (interest rate) yang kita dapat 3-4%. Bukan ceiling rate 10.75%
Walaupun kat online banking tunjuk 500k, kalau korang nak buat FULL SETTLEMENT pun, korang hanya perlu bayar bawah 120k je ‼️
korang hanya perlu bayar bawah 120k je ‼️
korang hanya perlu bayar bawah 120k je ‼️
....
....


Durian Dalit oren dalam lebih kurang 18 kg untuk dibawa balik kepada keluarga

 


Semasa dekat sipitang Sabah , Saya sempat membeli durian Dalit oren dalam lebih kurang 18 kg untuk dibawa balik kepada keluarga . Durian dalit memang kegemaran semua di dalam keluarga Saya.
Rasa dalit yang pahit dengan sedikit manis Serta dengan aroma seperti 'arak' yang kuat memang amat sedap . Isinya kurang tebal tetapi amat berlemak . Buahnya agak kecil jika dibandingkan dengan durian klon Dan bijinya pula amat sesuai untuk disemai . Biji yang disemai amat sesuai untuk dijadikan pokok penanti disebabkan akarnya yang lebih tahan lasak berbanding durian klon biasa.
Bagi tuan kebun di Sabah yang mempunyai durian hutan , Tak Kira apa jenis , sama Ada dalit kuning, dalit oren , dalit merah , sukang, polo, tenom beauty atau atau yang lain lain lagi , Saya meminta izin untuk pergi melawat ke kebun kamu . Saya ingin mengambil pengalaman untuk belajar tentang durian hutan dengan lebih banyak .
Kalau Ada yang sudi memberi scion atau menjual anak pokok selepas melawat kebun kamu amatlah Saya hargai. Saya ucapkan ribuan terima kasih terdahulu dengan harapan Ada tuan kebun yang Akan melayan Saya selepas tengok posting ini .



Bermula dengan durian Sigapon Mas

 


Hari ini bercerita sedikit tentang buah durian yang boleh didapati di Sabah . Sempat memakan empat jenis buah dimana Dua daripadanya adalah klon yang special Dan belum didaftar lagi .
Bermula dengan durian Sigapon Mas dimana ramai yang menberi pendapat pada posting sebelum ini ialah durian kanyao tetapi sebenarnya jauh berbeza . Rasa durian manis pahit yang kuat dengan isinya yang agak lemak . Boleh dikatakan durian yang agak sedap Dan boleh ditanam dengan lebih banyak dikebun.
Durian kedua yang Saya makan ialah durian Michael Wong . Ini ialah Kali pertama Saya dapat memakan buah ini kerana durian ini luruh agak lambat berbanding durian klon lain . Rasa aroma yang cukup kuat Dan istimewa dengan pahit manis yang betul betul sedap . Isinya pula tebal Dan berlemak . Durian ini setanding dengan durian klon sedap seperti musang king,tekka atau Udang merah.
Yang berikutnya ialah durian kanyao . Rasanya yang pahit manis tetapi aromanya agak sederhana berbanding durian Sigapon Mas Dan Michael Wong . Walau bagaimanapun , rasanya mempunyai citarasa istimewa yang tersendiri . Isinya memang terkenal dengan ketebalannya Dan juga isi yang halus (smooth). Durian ini boleh dikategorikan sebagai durian yang sedap juga.
Yang terakhir ialah Musang king. Kebetulan pokok ini Kali pertama berbuah, maka isi Dan rasanya agak kurang terserlah berbanding durian yang lain . Tetapi masih mempunyai rasa Musang king yang tersendiri .
Kalau empat klon ini dibandingkan , no 1) Michael Wong 2) Sigapon Mas 3) kanyao 4) Musang king. Saya terkejut dengan rasa durian Michael Wong yang sedap kerana tidak menyangka klon ini yang tidak popular langsung mempunyai potensi yang tinggi untuk diperkembangkan.
Harapan Saya ialah tuan kebun berjaya mendaftar klon durian ini . Semoga berjaya . Bagi yang berminat untuk dapatkan klon Sigapon Mas Dan Michael Wong, boleh menghubungi Saya . Terima kasih kepada yang sudi membaca .






Klon durian yang agak istimewa iaitu klon durian Luas dari Nabawan

 


( baru tambah gambar bijinya)Hari ini dapat merasa satu klon durian yang agak istimewa iaitu klon durian Luas dari Nabawan . Terima kasih kepada tuan
Anchung Jm
yang sudi menjualkan buahnya kepada Saya untuk dirasakan buat Kali pertama .
Warna isi memang cantik . Daunnya Pula berbeza dengan klon durian Lai/nyekak . Rasanya amatlah istimewa dengan kemanisan Dan aroma yang Saya tidak pernah rasa langsung . Saya seperti budak yang begitu gembira kerana mendapat hadiah yang amat disukai . Isinya pula agak pekat berbanding klon durian biasa .
Saya juga sempat membawa sebiji durian Luas untuk tuan
Bryan Pang
merasa untuk mendapatkan pandangan yang berbeza . Menurut beliau , durian ini rasa yang lebih aromatic berbanding durian Dalit Dan mempunyai bau yang kuat Dan berbeza . Gembira kerana beliau dapat menikmati durian yang sedap.
Disamping itu , Saya juga amat bertuah apabila tuan
Wong Kui Min
memberi buah kanyau kepada Saya . Walaupun sudah di penghujung musim, rasanya masih sedap untuk dinikmati.
Terima kasih kepada semua kawan kawan yang sudi berkongsi pengalaman mengenai durian dengan Saya . Saya amat menghargai semua bantuan Dan sokongan daripada kamu semua. Harap covid-19 Akan hilang secepat mungkin dari dunia ini Dan Kita semua kembali sihat serta Aman damai.






About

Popular Posts