Tanam durian di tanah gambut?
Ramai peminat durian tidak dapat menceburi bidang ini kerana tanah mereka kurang sesuai kerana tanah mereka lembap, lembah, berair atau Jenis tanah gambut. Secara semula Jadi durian tidak sesuai dengan tanah 2 tersebut.
Tanah berair mungkin dapat di atasi dengan membuat sistem saliran yang baik.
Terdapat Satu teknik yang mungkin dapat diadaptasi untuk durian, Di panggil cantuman intra species. Ia itu cantuman Antara pokok sub species yang berlainan tetapi masih dalam species (keluarga) yang sama.
Teknik ini bukan perkara baru. Dokong kering tak banyak biji. Untuk cepat membiak ialah dengan mencantum ke atas pokok penanti anak dokong air. Sukun yang popular tidak berbiji, dicantum ke atas penanti terap. Saya sendiri telah mencantum duku langsat ke atas tunas dari tunggul langsat.
Untuk species yang lebih compleks sikit, satu percubaan telah dibuat mencantum Bay Laurel ke atas penanti avocado. Minggu lepas semasa membuat tissue culture Bay Laurel kami mendapat tahu ia adalah species yang sama dengan avocado dan Kayu manis (cinnamon). Oleh kerana penanti avocado memang dah ada, kami terus cantum. Saya sudah mendapat anak Kayu manis dari sdra Mahadi Isa, ahli PPDM dan akan cuba mencantum Bay Laurel ke atasnya.
Sdra Mahadi juga ada memberi tahu yang durian adalah sama species dengan pokok keriang (jambu arang). Pokok ni tahan air dan boleh hidup Di tempat yang berair. Di Siam dulu2 mereka menanam pokok keriang Di batas padi dan mencantum pokok durian ke atasnya.
Mungkin ahli2 PSP yang ada tanah yang tak sesuai dengan Durian boleh mencuba kaedah ini
Kredit: Ghazali Mohd Yusof
No comments:
Post a Comment