Trending

Sunday, 21 January 2018

Pi lantak dia la, siapa suruh dia bagi dara kat aku



Apabila bercinta, usahlah berikan segala-galanya kerana kita sendiri belum pasti apakah hubungan cinta yang dibina itu akan berakhir dengan kegembiraan atau kesedihan. Sebaik-baiknya, jagalah maruah diri dan jangan terikut dengan nafsu dan pujuk rayu pasangan. Jika pasangan sudah merayu mahukan ‘itu’, tinggalkan saja. Tiada gunanya bersama.
Bagi yang pernah melaluinya, pastinya rasa menyesal dipergunakan oleh pasangan. Hendak dirahsiakan pengalaman hitam itu, tetapi di bila tiba harinya nanti, terpaksa juga mengaku pada bakal suami atau suami bahawa diri sudah tiada dara. Pernah si lelaki yang merosakkan anak dara orang memikir semua kesan-kesan ini?
Semoga perkongsian dari wanita ini membuka mata anda khususnya golongan wanita, jangan mudah memberi dan kepada yang lelaki, jangan rosakkan anak dara orang. Kelak berlaku pada ahli keluarga sendiri, binasa jawabnya.
AKU rasa semua lelaki patut baca ini. Especially mereka yang pernah rosakkan anak dara orang. Ini adalah thread.



Mungkin kau tak rasa apa-apa selepas kau dump perempuan yang kau pernah tidur sekali. Tapi pernah kau fikir apa yang akan terjadi pada perempuan itu nanti? Kalau jawapan kau, “lantak dia la, siapa suruh dia yang nak bagi dekat aku”, haha, mari aku bagi dekat kau full explaination kenapa kau patut minta maaf pada perempuan yang kau pernah rosakkan dan bertanggungjawab terhadap perempuan itu.
Pernah kau terfikir sebelum kau merosakkan dia, dia tak pernah pun tahu apa itu seks? Pernah kau terfikir dia beri semua benda dekat kau sebab dia naif dan tidak tahu yang perkara itu bukan satu-satunya cara untuk menunjukkan kasih sayang dia?
Pernah kau terfikir kalau kau yang tak mulakan dulu, dia takkan beri dara dia pada kau? Kalau kau cakap dia sepatutnya menggunakan otak dia, kau bodoh. Kalau kau cakap “perempuan baik takkan buat macam tu, tu maknanya dia tak baik,” maka kaulah manusia yang paling bangang.
Kalau kau guna ayat manis, ayat cinta, kau cakap kau tak boleh hidup tanpa dia, kau rasa masa itu otak dia boleh berfungsi dengan baik ke? Cinta itu buta, syaitan itu merata-rata untuk menghasut. Ayat manis + nafsu + hasutan syaitan = bad judgement.
Percayalah, sedangkan wanita alim pun boleh tumpas, inikan pula gadis biasa yang dibesarkan oleh keluarga biasa? Kau tiduri dia, kau rampas dara dia. Kau cakap “perempuan tanpa dara takkan laku”.
Habis tu, kau masih ada teruna? Wwalaupun kesan fizikal tiada, walaupun bakal isteri kau tak boleh bezakan kau teruna ke tak, tetapi diri kau tahu. Kau tahu kau pernah rosakkan seorang perempuan dalam hidup kau.
Pernah kau terfikir bagaimana perempuan itu hidup selepas kau dump dia? Macam mana perempuan itu akan berhadapan dengan bakal suami dia, macam mana perempuan itu akan beritahu suami dia yang dia sudah tiada dara?
Bayangkan kalau semua benda itu berlaku pada mak, kakak atau adik kau atau bakal isteri kau sendiri. Apa yang kau rasa? Apa yang kau rasa bila seorang lelaki rosakkan adik kau, lepas itu buang dia macam sampah?
Apa kau rasa bila kau tidur dengan wife kau, selepas itu kau dapat tahu lelaki lain pernah buat benda yang sama pada wife kau?
Kalau niat kau masa kau meniduri perempuan itu cuma untuk suka-suka dan sebelum kau meniduri dia, kau berjanji kau akan menjaga dia sampai bila-bila, kau penipu. Kau lagi hina dari binatang. Taraf kau lagi hina dari seorang perogol.
Memanipulasikan seorang perempuan semata-mata untuk memuaskan nafsu kau sendiri. Lagi hina bila kau dump dia dan selepas itu kau mencari perempuan lain untuk dijadikan teman wanita baru kau yang mungkin kau akan rosakkan juga.
Untuk perempuan di luar sana, ini untuk kau:
Jaga diri sendiri, jangan terlalu hanyu bercinta sampai kau serahkan semuanya. Simpan untuk yang layak. Kau akan lebih bahagia nanti.
Sumber: Wienanazz via thereporter
Anda Belum Kahwin? Tapi Sanggupkah Anda Memperisterikan Wanita Yang Tiada Dara?



Dalam tempoh satu jam, seramai 6 orang gadis kehilangan dara mereka di negara ini menurut sebuah akhbar tempatan. 15.000 anak luar nikah dilahirkan setiap tahun menurut satu kajian.
Fakta ini boleh menjadi satu tamparan hebat kepada kaum lelaki yang merancang untuk berkahwin. Ini kerana mereka bakal dihimpit dilema kerana kemungkinan memperisterikan wanita yang telah kehilangan dara sebelum waktunya.
So, yang menjadi persoalan kat sini, adakah lelaki zaman sekarang masih lagi mementingkan status dara pada seorang gadis? Secara ringkasnya ini adalah pendapat peribadi aku, yang mungkin mewakili pendapat sesetengah golongan lelaki.
Aku rasa zaman sekarang ni pun lelaki masih lagi mementingkan status ‘dara’ seorang gadis. Bagi aku, dara tu melambangkan kesucian, maruah dan keperibadian wanita. Bukan bermaksud wanita yang tidak mempunyai dara itu tidak suci, mungkin mereka sukakan aktivit lasak sehinggakan tanpa disedari mereka kehilangan dara.
Kalau macam tu, aku tetap terima melainkan perkara tersebut berlaku kerana zina. Bagi kes lain, seperti mangsa rogol, ianya terpulanglah kepada lelaki untuk menerima atau tidak. Perlu diingatkan, kes seperti mangsa rogol ini berlaku bukan atas kehendaknya.
Sebenarnya, status dara ni perkara yang subjektif. Lain orang lain pemiirannya. Walau bagaimana pun pun, Tuhan dah tentukan jodoh kita. Macam mana sikap kita, begitulah jodoh kita. Jadi, kalau kita mementingkan status dara atau gadis, kita sebagai lelaki kena juga mempertahankan keterunaan kita.
So atas pilihan anda. Biasa perempuan xkan bagitahu mereka dah kehilangan dara ataupun tidak. Banyak lepas berkahwin baru diceritakan.
Apa pandangan anda?



Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang yg memakai gelaran ‘lelaki ini’..
Saya ada teman wanita yang saya sudi menerimanya untuk saya berkahwin dengannya. Tetapi, saya baru dapat tahu kebenaran terhadap zaman silam beliau bahawa beliau telah melakukan zina bersama lelaki dan berkemungkinan telah hilang dara dan telah dirogol oleh rakannya secara paksa dan berkemungkinan besar kehilangan daranya buat kali kedua. Saya keliru tentang apa yang saya patut buat bersama beliau atau terimanya dengan hati yang terbuka. Ustaz, minta tolong jelaskan kenyataan saya.
Wassalam“
Sebelum Ustaz Love meneruskan entry ini, ingin Ustaz Love jelaskan satu perkara. Dara itu hanyalah sejenis selaput dan akan hilang pada kali pertama berlakunya persetubuhan. Tidak ada istilah hilang dara kali kedua.. tetapi yang ada hanyalah istilah diragut kehormatan. Mungkin istilah ni lebih sesuai berbanding istilah kehilangan dara buat kali kedua. Pelik sangat bunyinya..
Ustaz Love tak pasti dah berapa lama saudara mengenali teman wanita itu. Dan berapa lama pula beliau menyembunyikan perkara itu sebelum berterus-terang dengan saudara. Persoalan di sini bukanlah pada kejujuran dan keikhlasan beliau untuk berterus-terang itu, sebaliknya motif di sebalik penceritaan beliau tentang kisah zina dan perkosa itu. Ustaz Love bukanlah nak bersangka buruk dengan beliau. Ustaz Love sekadar ingin saudara berhati2 agar tak terjebak dalam perkara yang tak diingini.
Sesungguhnya, saudara lebih mengetahui akan akhlak teman wanita itu berbanding Ustaz Love sendiri yang tak pernah mengenali beliau. Ustaz Love sekadar boleh membantu memberikan panduan2 umum, selebihnya saudara sendiri yang akan membuat penilaian terbaik sebelum mengambil sebarang keputusan yang bakal mengubah kehidupan saudara.
Orang beriman itu tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama 2x.. kalau dalam peribahasa Melayu ia disebut sebagai pisang yang takkan berbuah 2x (walaupun kita boleh makan pisang berkali2).. mungkin kes pertama itu berbeza daripada kes kedua (satu kes zina, satu lagi kes rogol), tapi jalan berlakunya perkara itu tetap sama, iaitu melalui hubungan seks..
tak kira la sama ada dengan rela atau secara paksa. Dari satu sudut, ia sangat berbeza (kalau ikut undang2, perogol yg akan dikenakan hukuman dan bukannya mangsa rogol), tapi bukan itu yang Ustaz Love nak timbulkan di sini. Ustaz Love lebih suka nak fokus pada punca berlakunya kejadian itu berbanding memfokuskan pada kisah hitam yang dialami oleh wanita tersebut.
Kes berkaitan salahlaku seks ini terlalu banyak punca2 yang boleh menyebabkan berlakunya perkara tersebut. Antara yang paling biasa adalah disebabkan pergaulan bebas yang dah tentunya melibatkan masalah akhlak. Seorang wanita yang berakhlak baik, tidak akan membiarkan dirinya bergaul bebas dengan lelaki bukan mahram..
tak kira la atas nama kawan ke, rakan sekerja ke, sepupu yang rapat ke dsb. Jika mereka memahami betapa bahayanya pergaulan bebas ini, nescaya mereka akan takut untuk berada di kalangan lelaki lebih daripada takutnya mereka berada di kalangan buaya.
Jika kita dimakan oleh buaya, maka kita cuma akan mati dan takkan dipersoalkan di akhirat nanti tentang kematian kita (kecuali kalau kita sengaja terjun ke kolam buaya untuk membunuh diri dengan cara yg paling sadis). Sebaliknya, jika kita mati dalam keadaan bergelumang dengan zina (tidak bertaubat), maka urusan kita masih lagi belum selesai dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Berbalik pada kes saudara..
Pada pandangan saudara sendiri, sejujurnya, adakah saudara meyakini teman wanita itu (berdasarkan pandangan mata zahir) telah berubah dan bertaubat daripada dosa silamnya? Saudara boleh cuba tepuk2 dada dan melihat secara mendalam akan perkara ini. Sekalipun firasat manusia itu tak selalunya betul, namun manusia itu diberikan keupayaan untuk menilai secara zahir.
Jika saudara meyakini akan perubahannya, maka seperti yang selalu Ustaz Love jelaskan sebelum2 ni, tiada masalah untuk saudara menerima teman wanita itu sebagai pasangan hidup. Tak penting pandangan orang lain sbb bukan mereka yang nak hidup dengan wanita tersebut. Semuanya bergantung pada kehendak hati saudara sendiri.
Ustaz Love sangat menyarankan agar saudara mengambil langkah yang sangat berhati2 dalam menangani perkara ini.. agar hati saudara dan hati teman wanita itu sama2 dapat dijaga. Kita tak tahu hakikat sebenarnya. Saudara sendiri pun cuma mengetahui tentang peristiwa hitam itu melalui lidah teman wanita itu sendiri, yang tetap ada kemungkinan faktanya diselewengkan..
Cerita tentang pisang berbuah dua kali itu adalah sisi negatif pandangan Ustaz Love.. bagi Ustaz Love, jika seseorang itu telah bertaubat daripada perbuatan zina, insyaAllah dia akan menjaga dirinya daripada terjebak dalam perkara itu sekali lagi..
walaupun pada kali yang lain, beliau mengatakan dipaksa melakukan hubungan seks (rogol). Ini kerana, jika beliau dapat menjaga diri daripada lelaki2 buaya dengan menjauhkan diri daripada mereka, nescaya beliau akan terselamat daripada kejahatan mereka.. kecualilah jika kejadian rogol itu berlaku dalam tempat yang sepatutnya selamat bagi beliau (spt dalam rumah, pejabat dsb) ataupun dikhianati dengan cara dimasukkan ubat tido dalam minuman dsb..
Berdasarkan cerita saudara yang beliau dirogol oleh rakannya sendiri, pada pandangan Ustaz Love, beliau masih lagi belum dapat menjaga batas pergaulan.. sehingga terjadinya kes rogol itu.. ataupun ada kemungkinan juga beliau menggunakan alasan dirogol untuk nampak betapa kesiannya beliau yang menjadi mangsa.. Ustaz Love bukanlah nak bersangka buruk, tetapi Ustaz Love cuba memberikan situasi pilihan yang paling buruk yang mungkin berlaku.
Biasa je berlaku dalam dunia nyata, para wanita menyatakan diri mereka dirogol untuk meraih simpati pasangannya.. sedangkan hakikatnya, mereka bukan dirogol, sebaliknya berzina. Ada juga yang lebih berani mengancam untuk melaporkan kes rogol sekiranya pasangannya itu meninggalkannya atau tidak mahu berkahwin dengannya.
Jadi, berhati2lah wahai lelaki.. Jangan sekali2 menyentuh hati wanita sekiranya tidak berhajat memperisterikannya. Kalau tak nanti, kena terima la apa saja yang berlaku disebabkan kuasa ‘kelembutan’ wanita.
Tak dapat tidak, saudara kena lakukan solat istikharah.. minta petunjuk daripada Allah, adakah pilihan saudara ini terbaik buat kehidupan saudara dunia dan akhirat. Jangan letakkan cinta manusia di depan, kelak nanti kita akan dibutakan daripada melihat kebenaran. Allah saja yang lebih mengetahui hakikat sebenar kehidupan lalu teman wanita itu.. Dekatkanlah diri dengan Allah dengan melakukan ibadah2 sunat seperti solat, puasa, sedekah dsb dan berdoa semoga Allah memudahkan urusan jodoh saudara sekiranya teman wanita itu adalah jodoh yang terbaik buat saudara. ‘
Dalam membuat keputusan berkaitan masa depan (terutama pemilihan wanita2 yg bakal menjadi ibu kepada anak2), ketepikan dulu perasaan cinta ke, simpati ke dsb.. Pilihlah dengan tepat, agar perasaan cinta yang bakal ditumpahkan nanti akan kena pada tempatnya.. Umpama kuah masak lemak tertumpah ke nasik, menjadikan nasik yang tawar itu sedap dimakan.. berbanding kuah yang tertumpah ke lantai, kucing pun tak lalu nak menjilatnya..
Apa pun, Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan petunjuk kepada saudara dalam membuat pilihan. Jangan tergesa2 dalam berjodoh, takut nanti tak sampai ke syurga..
Ini Komen Ustaz Azhar Idrus


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts