PEMANGKASAN PEMBETUKAN POKOK MUDA DURIAN - pokok muda
Pokok durian memerlukan cantasan yang bersistematik bermula dari peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok yang mempunyai satu batang utama yang tegak ke atas serta banyak dahan primer tersusun seimbang pada batang utama pokok.
Kerja-kerja membentuk pokok hendaklah dilakukan pada dahan-dahan primer yang berlebihan dan bersudut kecil perlulah dibuang kerana ianya bersaing dengan batang utama dan akan memberi masalah kelak.
Apabila pokok telah membesar, dahan yang mencecah tanah, terlalu rapat, bertindih dan bersudut sempit hendaklah dibuang. Dahan-dahan berpenyakit juga perlu dibuang dengan segera bagi mengelakkan dari berjangkit ke dahan lain.
Dahan perlu dipotong seberapa dekat yang boleh dengan dahan/batang asal. Bekas potongan perlu dirawat dengan racun kulat agar bahagian yang luka tidak dijangkiti penyakit.
Untuk rujukan: hubungi PLP Manong
- En. Abu Hassan Kusaheri
- En. Wan Mansor Ismail
(idris bald - foto: Wancot Ismail)
- En. Abu Hassan Kusaheri
- En. Wan Mansor Ismail
(idris bald - foto: Wancot Ismail)
No comments:
Post a Comment