Penolong Pengarah Bahagian  Hortikultur Jabatan Pertanian Serdang Mohd. Auzaie Komarudin berkata, ini merupakan antara ciri-ciri utama durian D197 yang didaftar kandi Jabatan Pertanian pada1993.
Beliau berkata, masyarakat Cina tempatan gemar menggelarkan raja buah itu sebagai Mao Shan Wang, yang bermaksud raja kucing gunung iaitu merujuk kepada bentuk isi durian yang mirip posisi seekor kucing sedang tidur.
"Panggilan itu terus digunakan secara meluas sehingga perkataan 'Mao Shan' ditukar kepada sebutan Musang dan 'Wang' ditukar kepada King sehingga dikenali sebagai Musang King hingga kini," katanya mengenai durian itu yang banyak didapati di sekitar Raub, Pahang.
Beliau berkata untuk itu, pembeli perlu sentiasa berhati-hati dalam membeli durian Musang King supaya tidak ditipu penjual. - Bernama