Trending

Friday, 30 September 2016

Tanah = Beli, Pecah Sempadan, Jual Lot Dan Bina Rumah Jual



Tanah = Beli, Pecah Sempadan, Jual Lot Dan Bina Rumah Jual
Kenalan : Salam, saya ingin minta pendapat berkaitan dengan tanah saya ada hampir 1ekar dikelantan. Dibeli pada tahun 2015 dengan harga sekitar RM160k. Apakah yang patut saya buat sekarang untuk bermula jual tanah lot ataupun bina rumah dan jual ?
Ambo : Wasalan, tanah 1ekar tu berkeluasan 43560kp. Kebiasaannya 43560kp keluasan tanah tu, cuma sekitar 70% yang boleh digunakan untuk membuat lot2 tanah selepas ditolak rezab2 jalan. Contohnya macam ni, 43560 kp x 70% = 30492kp.
Katakan 30492kp yang tinggal itu, anda pecahkan kepada lot banglo dan lot semid mungkin boleh dapat 3lot banglo dan 4lot semid. Kos tukar syarat serentak pecahlot/sempadan dikelantan sekitar purata rm5k satu lot. Jadi 7lot x rm5k maka kosnya lebih kurang rm35k. Jadi total kos beli tanah rm160k + kos pecahlot serentak tukar syarat rm35k = rm195k. Kiraan kos perkaki tanah keseluruhan adalah seperti berikut, rm195k / 43560kp = +-rm5 sekaki. Tempoh masa prosesnya untuk dapat geran individu status bangunan dari 1-2 tahun.
Kebiasannya, penjualan harga sekaki tanah lot selepas dapat geran individu adalah dari 150%. Maka rm5 x 150% = +- rm13sekaki dan tanah anda tadi yang digunakan untuk lot adalah 30492kp. Tanah anda sekarang sekiranya dijual 30492kp x rm13 = rm396396 dengan jumlah mengikut lot adalah 7lot ( 3 banglo + 4 semid ). Keluasan asas lot banglo katakan sekitar 5600kp dan lot semid 2800kp.
Cadangan ambo juga, anda buka jualan dulu 3lot banglo dengan harga rm70k satu lot x 3 = Rm210k dan baki 4lot semid lagi buat bina dan jual rumah dengan menggunakan hasil jualan tanah2 lot banglo itu. Ingatlah, hartanah satu perniagaan dan selamat maju jaya ambo ucapkan.

Hazanutz Slay Pandangan ambe yang cetek ilmunya dalam bidang hartanah. Kalau tak laku juga. Tanam lada atau pisang untuk seekar. Hasil, setahun jangan pakai. Sebab proses pecah, km, makan hampir setahun. Dalam masa setahun hasil pertanian. Dah ada modal sikit utk 45% bina rumah contoh.
LikeReply15 mins
Muhammadrusmi Bin Razali Mantap..i follow

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts