Trending

Friday, 30 September 2016

Harga tanah sentiasa naik dan kos bagi pembinaan juga sentiasa naik



Kepada kenalan yang mempunyai keupayaan untuk memiliki hartanah sendiri. Anda dinasihatkan agar jangan bertangguh dalam soal ini kerana harga tanah sentiasa naik dan kos bagi pembinaan juga sentiasa naik dari semasa ke semasa.
Ambo sendiri pun mendapat pertanyaan dari kenalan di pm dan whatspp sudah ratusan persoalan berkaitan pembinaan dan hartanah. Mungkin ambo jawab cepat dan mungkin lambat tapi InsyaAllah ambo akan cuba jawab satu persatu setiap persoalan yang bermain difikiran kenalan-kenalan itu.
Sekadar untuk makluman semua berkaitan harga pembinaan rumah, sebagai contoh ditahun 2011 dulu kadar harga kontrak binaan rumah sekitar rm80/90 skp dan kini ditahun 2016 ianya sekitar dari Rm125 ke atas untuk spesifikasi yang sama seperti dulu. Manakala harga tanah pun dulu dan sekarang kenaikkan sudah hampir 100%.
Oleh itu, jangan amalkan sikap tunggu dan lihat kerana masa pasti tidak akan menunggu kita semua.
# Hidup biarlah berbakti dan membantu walaupun tidak dipuji.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts