Trending

Friday 22 April 2016

Pelajar MRSM cipta powerbank tanpa elektrik


SEPANG, 20 April – Dua orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Terengganu yang telah memenangi pingat emas di Pertandingan Rekacipta dan Pameran Antarabangsa Ke-44 di Geneva, Switzerland telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, dekat sini, hari ini.



Ahmad Asyraf Aqil B. Ariffin dan Ahmad Luqmanul Hakim B. Ahmad, 17, yang diiringi guru mereka Anuar B. Ghani, telah berjaya meraih pingat emas daripada 48 buah negara yang turut bertanding dalam acara berprestij itu.





Powerbank ciptaan mereka yang berupaya berfungsi ketika ketiadaan sumber elektrik telah berjaya menarik perhatian juri sekaligus membolehkan mereka merangkul pingat emas serta Anugerah Rekacipta Antarabangsa Terbaik Egypt.


Diberi nama “Powerbank : EXIECO PB“, alat ini mengandungi bahan-bahan seperti aluminium, arang serta air garam, yang mampu untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi mengecas apa-apa peranti telekomunikasi dan gajet.


“Tercetusnya idea untuk mencipta powerbank tanpa cas ini ketika saya menjadi mangsa banjir di Kelantan dua tahun yang lalu, di mana kami tidak mempunyai sumber elektrik ketika itu”, kata pelajar bernama Asyraf berhubung idea ciptaan mereka itu.
Tambahnya lagi, powerbank ini juga ‘eco-friendly‘ kerana tidak membahayakan bumi dan persekitaran. Arang dan aluminium juga dapat direbus dan tidak memberikan kesan negatif kepada alam sekitar.

Air garam yang telah larut pula digunakan sebagai tindak balas kimia untuk menghasilkan tenaga elektrik.
“Kami juga sedang berusaha mendapatkan pengesahan dan kelulusan daripada pihak SIRIM bagi tujuan memasarkan produk inovasi ini di bawah MARA sendiri”, katanya.



Pertandingan dan pameran antarabangsa itu juga mengumpul lebih dari 1,000 jenis produk rekacipta dari seluruh dunia.
 Disiarkan pada : Rabu, 20 April 2016 @ 6:57 PM


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts