Trending

Friday, 15 April 2016

Dr Zakir Naik bersetuju menerima pelawaan kerajaan negeri membuka pusat penyelidikan Islam di Terengganu


KUALA NERUS – Ilmuan ulung Islam Dr Zakir Naik bersetuju menerima pelawaan kerajaan negeri untuk membuka cawangan atau pusat penyelidikan Islam bagi rantau Asia Tenggara di Terengganu.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata Dr Zakir akan menghantar wakilnya dalam masa terdekat untuk memperhalusi cadangan berkenaan.
Menurut Ahmad Razif, kerajaan negeri menawarkan kepada pihak Dr Zakir tiga pulau di kawasan Tasik Kenyir bagi tujuan pembangunan pusat penyelidikan Islam itu.
“Dr Zakir juga turut meminta idea dan pandangan dari kerajaan negeri untukmembangunkan kawasan itu,” katanya kepada pemberita selepas taklimat hakisan Pantai Kampung Tanjung Gelam, di sini, hari ini.



Ahmad Razif berkata Dr Zakir juga menimbang cadangan untuk membuka sebuah sekolah Islam di kawasan itu kelak.
Dr Zakir Naik, berasal dari India yang juga Tokoh Maal Hijrah dua tahun lalu kini dalam rangka jelajah ceramah umumnya di beberapa negeri termasuk Terengganu, Melaka dan Kuala Lumpur.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga bersedia menjadi tuan rumah untuk forum wawacara Islam pada tahun depan.
Jelasnya dalam program tiga hari dua malam itu pihaknya berhasrat mengundang 30 penceramah agama peringkat antarabangsa dan dijangka dapat mengumpul kira-kira 100,000 peserta.
“Inisiatif yang dilaksanakan ini sempena Tahun melawat Terengganu 2017 dan kita akan kumpulkan 30 penceramah antarabangsa ini bagi membincangkan hal berkaitan Islam.
“Ini juga antara promosi bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Terengganu sepanjang tahun melawat Terengganu nanti,” katanya. – BERNAMA


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts