Trending

Tuesday, 19 April 2016

Eksklusif Bersama Nina Grace: Kenapa Saya Tertarik Dengan Islam


Kisah Nina Grace pelajar sebuah kolej di Kemaman yang memeluk agama Islam ketika ceramah tokoh dakwah Dr Zakir Naik di Padang Astaka pagi Jumaat lalu telah viral di seluruh Negara.
Nina atau nama Islamnya Nur Nina Farisha Abdullah mengakui cara kehidupan orang Islam yang mendamaikan adalah factor beliau tertarik dengan agama Islam dan yakin Allah SWT adalah tuhan kepada semua makluk di muka bumi ini.
‘Yang membuat saya tertarik dan berminat dengan Islam iaiah cara kehidupan orang Islam dan membuat saya yakin kita semua ada satu tuhan iaitu Allah SWT’, katanya.
Bagi Nina, selain membaca surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan 3 Qul, beliau juga mengamalkan bacaan surah al-Baqarah sejak zaman sekolah lagi saban hari.
Beliau yang sedang mengikuti pengajian Kejuruteraan Pelantar memberitahu perasaannya menjadi tenang selepas mengucap dua kalimah syahadah di depan Dr Zakir Nakir.
Nina bersyukur apabila mendapat sokongan yang berterusan daripada kawan-kawan sekolej, membimbing dan membantunya dalam kehidupan seharian.
‘Alhamdulillah reaksi kawan-kawan saya mereka sangat bersyukur dengan keputusan saya dan menyokong saya sepenuhnya, selain itu mereka banyak membantu dari segi agama dan kehidupan seharian’ tambahnya.
Nina berkata demikian selepas ditemubual eksklusif oleh Terengganu Times di kolej pengajian di Kemaman semalam.
Saat-saat Nina memeluk agama Islam telah membuatkan 40,000 hadirin menjadi sebak dan terharu dengan pengIslamannya di depan ilmuan tersohor dunia dan telah dipakaikan tudung oleh isteri Menteri Besar To’ Puan Halina Zakaria.
Nina berharap selepas memeluk agama Islam beliau dapat hidup dengan tenang dan mampu mempelajari  ilmu agama dengan lebih mendalam. –Terengganu Times


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts