Trending

Tuesday, 19 April 2016

Eksklusif Bersama Nina Grace: Cerita Bapa Saya Tidak Setuju Adalah Tidak Benar



Selepas viral penuntut kolej Nur Nina Farisha memeluk agama Islam ketika program Dr Zakir Naik Terengganu Tour di Kemaman, timbul cerita mengatakan bapa kandung remaja berkenaan tidak bersetuju dengan tindakannya itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.
Nina yang hadir dalam temubual eksklusif Terengganu semalam menegaskan laporan berkenaan adalah palsu kerana bapanya tidak berjumpa atau berhubung dengan Nina sejak kejadian pengIslamannya dan beliau tidak tahu daripada sumber mana cerita itu diambil.
Sebuah portal pada 16 April lalu yang mengatakan ayah Nina masih belum bersedia menerima keputusannya memeluk agama selain daripada agama asal keluarganya.
‘Laporan berita itu adalah tidak benar dan saya tidak berhubung dengan ayah (sejak pengislaman)’ katanya.
Namun ia berbeza dengan ibunya yang dapat menerima keputusan dan menghormati apa yang telah dibuat oleh Nina kerana sedia maklum Nina sudah mula mengkaji mengenai Islam sejak berumur 13 tahun.
Sementara itu, Nina turut menafikan mempunyai fan page Facebook dan menegaskan tidak pernah membuat sebarang page sebelum ini.
Beliau berharap page berkenaan segera dipadamkan dan jika tidak, satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat bagi menghalang admin page berkenaan daripada terus membuat status yang mengaitkan dirinya.
‘Fan page Nur Nina Farisha bukan dibuat oleh saya, itu semua palsu semata-mata dan saya berharap orang ramai tidak terpedaya dengan status dan post yang boleh mengelirukan dan menjejaskan kehidupan seharian saya’.
‘Saya berharap page itu kan ditutup dan sekiranya page itu tidak ditutup saya akan membuat laporan polis dalam masa terdekat’ tegasnya.
Menurut Nina, ini adalah kerana mahu mengelakkan nama dan gambarnya diguna sewenang-wenangnya dan mungkin tujuan yang tidak baik yang boleh merosakkan imej dan kehidupan beliau.
Tinjauan Terengganu Times setakat hari ini mendapati 3 fan page Facebook yang bernama Nur Nina Farisha diwujudkan dan mempunyai 6670 likes. Page itu memuat naik status terkini yang menyamar seolah-olah milik Nina.
Pemilik page tersebut dinasihatkan berhenti memuat naik apa-apa perkara kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada pihak-pihak berkaitan dan akan menyebabkan salah faham berlaku– Terengganu Times

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts