Trending

Tuesday 28 July 2015

AYAH HERO


Perkongsian di slot Assalamu'alaikum TV Al Hijrah hari ini bersama Encik Reza, ayah yang membonceng 3 orang anaknya selama 16 jam dari Sepang ke Pulau Pinang.
Beberapa perkongsian menarik daripada bapa hebat ini;
1. Tawakkal sepenuhnya kepada Allah s.w.t kerana Allah s.w.t pasti menunjukkan kebesaranNya melalui jalan yang kita tidak sangka-sangka. (sangat betul dan tepat berdasarkan ayat al -Qur'an “Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan jadikan baginya jalan keluar dan memberi rizqi dari arah yang tiada ia sangka-sangka, dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, maka Dia itu cukup baginya.” (Ath Tholaq: 2-3) )
2. Letakkan pengharapan dan permohonan kepada Allah s.w.t dan bukannya pada manusia.
3. Teruskan berusaha dan berjuang selagi mana ada kudrat dan kemampuan. Jangan bertangguh kerana ia sesuatu yang merugikan.
4. Beliau tidak meletak pengharapan terlalu tinggi kepada anak-anak beliau, namun beliau berharap anak-anak beliau belajar untuk menghargai melalui ujian yang mereka tempuhi.
5. Beliau sebolehnya menolak bantuan kerana merasakan beliau sangat berkemampuan untuk bekerja dan berpendapat ada ramai pihak yang lebih layak dibantu. Namun, beliau akhirnya setuju menerima sebuah kereta daripada seorang hamba Allah dan menganggapnya sebagai pinjaman. Beliau berjanji untuk memulangkannya.
6. Ironinya, menurut beliau, tempoh 16 jam dari Sepang ke Pulau Pinang dengan motor dengan hanya berbekalkan RM50 terasa singkat dan anak-anak tidak mengeluh malah sangat gembira dengan pengalaman tersebut.
7. Lebih 10 individu berhenti untuk menawarkan bantuan dan ingin menumpangkan beliau dan anak-anak namun beliau memilih untuk meneruskan perjalanan dengan motosikal. Menariknya, ada insiden beliau menawarkan pertolongan kepada seorang hamba Allah yang berhenti kerana beliau ingatkan hamba Allah ni tadi berhenti kerana kehabisan minyak. Walhal, mereka ni berhenti untuk bantu beliau dan anak-anak.

Bergenang air mata dengar beliau bercerita. Lelaki biasa berjiwa hebat. Sangat positif melihat sisi kehidupan beliau. Tak pernah sekali merungut dan senyum ceria sepanjang temubual. Moga Allah merahmati beliau dan moga kisah beliau ini menginspirasikan kita semua. Pasti ramai rakyat Malaysia yang belajar erti syukur dan lebih menghargai setelah mendengar kisah beliau..


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts