Ramai menganggap sakit gastrik dan bahu perkara biasa, namun keadaan itu sebenarnya berkemungkinan boleh menyebabkan seseorang itu berisiko menghidap penyakit jantung. Perunding Kardiologi Intervensi, Hospital Pantai Pulau Pinang Dr Liew Chee Tat berkata kebanyakan masyarakat hanya mengetahui seseorang itu diserang penyakit jantung jika individu terbabit berasa sakit di dada. “Sebenarnya banyak tanda untuk kita kesan bahawa kemungkinan kita berisiko menghidap penyakit jantung. “Tanda sakit jantung bukan hanya pada sakit dada, tetapi sesetengah orang tandanya sakit gastrik iaitu sakit di bahagian ulu hati, sakit bahu malah sakit gigi juga tanda-tanda seseorang itu menghidap sakit jantung,” katanya ketika ditemui Bernama pada majlis pelancaran Wad Pemulihan Jantung di Hospital Pantai Pulau Pinang di sini hari ini. Pelancaran wad berkenaan disempurnakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Dr Liew berkata 50 peratus individu yang mengesan mereka menghidap penyakit jantung melalui tanda-tanda sakit dada manakala 50 peratus lagi menerusi simptom sakit gastrik, bahu dan gigi. “Jika perempuan muda sakit gastrik, mungkin bukan sakit jantung tapi jika pesakit tua menghisap rokok, ada kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi tiba tiba sakit gastrik, kita mesti memeriksanya kerana kemungkinan dia sakit jantung,” katanya. Dr Liew turut menasihatkan orang ramai agar mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak merokok, melakukan senaman, mengurangkan pengambilan makanan manis dan berkolestrol tinggi bagi mengelak terdedah dengan penyakit jantung.
Saturday, 27 June 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About
Popular Posts
-
MANTRA UNTUK SEMUA JENIS JUDI AGAR MENANG. TANPA SYARAT TANPA PANTANG. Assalamualaikum Wr. Wb sahabat-sahabat yang aku hormati sem...
-
TAWASSUL WALI SONGO UNTUK MENDAPATKAN ILMU ASMA'. Assalamualaikum wbt wt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dim...
-
ASMA' RAJEH DI RAJEH NAGA PUTIH. Pada kesempatan ini aku ijazahkan asma' kebanggaan aku yaitu RAJEH DI RAJEH NAGA PUTIH kepada...
-
RAJA DARI SEGALA RAJA SHOLAWAT. SHOLAWAT AL FATIH.. SAYYIDUSH SHOLAWAT. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahab...
-
DO'A QULHU SUNGSANG SERTA MANTRA QULHU SUNGSANG TOLAK BALAK: DO'A QULHU SUNGSANG: "QULHU SUNGSANG, RAJA IMAN, KUDUNG KUMA...
-
ASMA KURUNG 😈 TUK SEGALA HAL... TATA CARA TUK MASUKKAN KHODAM ASMA KURUNG DLM DIRI BERIKUT INI: 🔯 - Amalkan selama 40 hari berturut-t...
-
ASMA' SUNGE RAJEH LENGKAP. IJAZAH ASMA' RAJEH DIRAJEH. 2 Sanad. Assalamu’alaikum wr wb para sahabat-sahabat ahli Kampus seka...
-
3 CARA MEMBUKA MATA BATIN. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di man...
-
AMALAN ILMU SYAHADAT GHOIB. CARA UNTUK MENEMBUS ALAM GHAIB. ILMU MERAGA SUKMA. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….Sahabat-...
No comments:
Post a Comment