Ketika ini sedang kencang khabar angin yang mendakwa penyanyi Elizabeth Tan sebenarnya menjadi punca kenapa Adira putus tunang. Menurut Elizabeth, Shahrul Nasrun (tunang Adira) sendiri yang memulakan langkah untuk mendekatinya ketika bekerjasama dalam satu penggambaran klip video.
“Masa saya mula-mula mengenali Shahrul, saya memang tak tahu dia sudah bertunang malah daripada cara dia sendiri dari awal pun memang dia nak mengorat. If ada orang nak salahkan saya, saya ada bukti yang dia flirt dengan saya and I’m not flirting back”
“Saya dapat tahu dia sudah bertunang pun dari salah seorang jurusolek. Bila saya tahu situasi yang dia sudah bertunang dan nasihatkan demi kebaikan, Shahrul pernah kata – girlfriend je pun (merujuk kepada Adira). Jika saya salah, Adira sudah lama akan jumpa dengan saya,” kata Elizabeth kepada Rotikaya.
Elizabeth mengakui dia sedih dengan perkara tersebut namun dalam masa yang sama tidak mampu mengawal apa yang mahu diperkatakan oleh setiap orang
No comments:
Post a Comment