Trending

Saturday 27 June 2015

Kasihannya Nur Zuliana Didera Ibu Tiri Hingga Kaki Pendek Sebelah


Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun diperlakukan tidak ubah seperti binatang apabila dipercayai diseksa dan didera oleh ibu tirinya sendiri sehingga patah tulang belakang, tulang rusuk serta paha sebelum dibiarkan menderita tanpa sebarang rawatan sejak setahun lalu.
Mangsa, Nur Zuliana Zaara Zulkifli turut dipukul apabila tubuh kanak-kanak itu dipenuhi dengan kesan parut, malah luka terbaharu ditemui di kepalanya, apabila kulit kepala mangsa didapati terkoyak akibat didera.
Rahsia mengenai kekejaman suspek dikatakan terbongkar selepas ayah mangsa dan ibu tirinya enggan menjaga Nur Zuliana atau mesra dipanggil Yaya sebelum menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibu kandungnya, Sana Abdul Malek, 28 di Rantau Panjang pada Rabu lalu.
Sana berkata, doktor telah mengesahkan Yaya didera selepas mendapati terdapat kesan parut di badannya malah, mendedahkan terdapat kecederaan lama tulang patah iaitu pada tulang belakang, rusuk dan paha.
“Kejamnya mereka, selepas Yaya didera, dia dibiarkan kesakitan tanpa rawatan kerana menurut doktor tulang-tulang yang patah itu sudah bersambung sendiri, tetapi tidak dirujuk ke hospital menyebabkan bahagian belakang badan Yaya berhampiran pinggang membengkak.
“Malah, akibat penderaan itu Yaya turut tidak lagi boleh berjalan secara normal dengan badannya sedikit bongkok dan kakinya pendek sebelah,” katanya ketika ditemui di Wad Pediatrik Kanak-kanak, Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini semalam.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts