Trending

Saturday, 27 June 2015

Nyamuk Kencing Semasa Hisap Darah?


Serangga penghisap darah seperti nyamuk memang pelik sebenarnya semasa menghisap darah. Seperti yang diketahui sebelumnya oleh para ahli saintis yang awesome, mereka kencing terlebih dahulu. Dan di luar dugaan, mereka juga mengeluarkan cecair pre-urin berupa darah! Perilaku tersebut membuat para saintis bingung. Claudio R Lazzari,entomolog dari François Rabelais University in Tours,Perancis… seperti dikutip New York Times, mengatakan, “Darah adalah sesuatu yang sangat berharga. Melepaskannya berisiko tinggi.”Kajian terbaru yang dilakukan Lazzari dan diterbitkan di jurnal Current Biology mengungkap bahawa pengeluaran cecair pre-urin bertujuan untuk menurunkan suhu badan ketika makan, yang boleh mencapai 40 darjah Celsius. Untuk mendapatkan kesimpulan itu, Lazzari meneliti nyamuk jenis Anopheles stephensi. Semasa makan, cecair urin dan pre-urin nyamuk itu dikeluarkan di hujung ususnya. Kadang-kadang, cecair tergantung seperti embun yang menitik sebelum jatuh. Menurut Lazzari, semasa urin dan pre-urin dikeluarkan, cecair menguap dan menyejukkan suhu tubuh hingga mencapai 3 darjah Celsius. Mekanisme ini adalah salah satu kehebatan serangga dalam mengawal suhu badan. Nyamuk bukan satu-satunya serangga yang menggunakan makanannya sendiri untuk menetapkan suhu tubuh. Lebah misalnya, membuang sedikit manisan yang dimakannya untuk menjaga kepala tetap dingin semasa terbang.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts