RETAIL TRADER (Trader Bilis) MEMATAHKAN SHORT SELLING POSITION BIG TRADER (Jerung)
28 januari 2021,
Satu pergerakan harga saham yang terlalu besar telah menyebabkan kekecohan dalam dunia trading. Ini kerana pergerakan besar ini terjadi hanya disebabkan sekumpulan retail trader (Trader Bilis) yang mengikuti subreddit r/wallstreetbets telah menggerakkan harga stock GME (Game Stop Corp) yang mendadak dan menyebabkan syarikat besar (Jerung) dan broker trading ke arah muflis.
Apa yang berlaku adalah apabila sekumpulan warga reddit yang seringkali melawan arus pergerakan market yang dibuat oleh Big Player, telah Berjaya mematahkan kekuatan Short Position (Sell) dari Big Player kepada Long Position (buy) dan menyebabkan Big Player kerugian berbillion Dollar US.
Perkara ini juga telah memberikan kesan kepada Broker yang menyediakan platform trading kepada retail Trader. Kerana Retail Trader telah Berjaya mengaut keuntungan yang besar.
Tindakan yang bakal diambil oleh badan regulator adalah masih belum dikenalpasti. Nantikan penjelasan seterusnya.
Susulan kejadian tersebut, sebuah matawang kripto yang diciptakan mengikut sebuah ‘meme’ Anjing Shiba Inu dikenali sebagai Dogecoin telah menjadi ‘target’ kepada Buyer Saham $GME dan $AMC sebagai proses pemindahan aset dan meningkatkan harga Dogecoin melebihi 400% sehari.
Perkara ini menunjukkan gambaran bagaimana setiap Financial Trading Instrument berkaitan antara satu sama lain dari segi Fundamental, Psychology, dan Sentiment. Aspek Teknikal pula menunjukkan peluang yang sering berlaku dalam bentuk teknikal dan terbukti memberikan pulangan yang baik dan juga sebaliknya.
Rujuk gambar untuk info yang lebih lanjut.
Berikut hanyalah pandangan dan analisa kami. Pandangan bernas dari para pembaca amatlah dihargai.
Trade at your own risk
No comments:
Post a Comment