Trending

Saturday, 13 February 2021

MENGENALI DAPHNIA MAGNA DAN MOINA SERTA PENGGUNAANNYA

 


MENGENALI DAPHNIA MAGNA DAN MOINA SERTA PENGGUNAANNYA


Dengan meningkatnya Harga Pasaran Telur Artemia/Brine shrimp/BBS setiap Tahun Di Seluruh Dunia,Spesis Zooplankton Crustaceans Air Tawar iaitu Daphnia Dan Moina ini menjadi pilihan alternative yang Sangat popular Bagi Para Penternak Industri Ikan Hiasan terutamanya seperti ikan Laga/Betta,Guppy dan juga akuakultur Ikan Ternakan dan Makanan yang khusus untuk Diberikan Kepada benih anak2 ikan mereka Selain ianya mudah dikembang biakkan sendiri dengan mengunakan makanan semula jadi ini juga Dapat Menjimatkan Kos Makanan benih/anak ikan Lebih dari 65% berbanding mengunakan Artemia/Brine shrimp Sepenuhnya,Selain itu juga kutu air ini dapat Mempercepatkan Tumbesaran ikan kerana mempunyai Protein yang tinggi Boleh Mencecah melebihi 69% Dan Lemak Melebihi 8% tidak hanya itu,Kutu air Daphnia dan moina juga Mempunyai Nutrients Yang baik untuk di konsumsi oleh benih dan anak2 ikan Menjadikan ianya pilihan makanan Terbaik untuk Anak2 ikan Dalam proses Tahap Pembesaran mereka..


DAPHNIA MAGNA


Keluarga spesis Daphnia Mempunyai beberapa jenis seperti Daphnia Cristata,Daphnia Cucullata,Daphnia Galeata,Daphnia Longsipina,Daphnia Pulex,Daphnia Magna dan lain2 lagi,Daphnia Magna dan Pulex di antara yang Sering digunakan dalam industri ikan hiasan dan industri Ternakan dan makanan akuakultur.


DAPHNIA MAGNA berbentuk Bujur memanjang tidak bulat sfera,ukurannya sekitar 1.1-4.0 mm. Warna tubuh Daphnia kelihatan Seperti coklat kemerahan. Bagian kepalanya mempunyai dua jalur antena dan juga Mempunyai Ekor Sedikit berbentuk bujur tajam di bawahnya..Di dalam Bekas,Paya,Kolam,Tasik kloni Daphnia akan terlihat seperti Bintik2 merah dan apabila kloni Daphnia membiak banyak ia akan terlihat seperti berputar dan mengambang membentuk seakan Gunung2 Merah diatas permukaan air..Habitat asal Daphnia ialah Paya air tawar,tasik,Dan kolam Tanah,Tempat Pembiakkan ideal bagi Pembiakkan Daphnia adalah Air Paya,Air Semula jadi,Air sungai,Air Tasik,Air Terjun dan air yang bebas klorin dengan suhu 26-31 Darjah Cecius dengan pH Sekitar 6.5-7.5pH.

Daphnia Boleh Membiak secara seksual dan juga aseksual (Parthenogenesis).Pembiakkan aseksual/Parthenogenesis bermaksud induk Daphnia Betina Boleh akan menghasilkan Telur dan menetaskan anak tanpa ada persenyawaan benih dari induk Daphnia Jantan..Manakala Pembiakkan seksual pula sebaliknya,Induk Daphnia jantan dan betina melakukan Persenyawaan untuk menghasilkan Telur Ephippium.


Kitaran hidup Daphnia bergantung dengan keadaan semasa sekitar 31~36 hari,induk Daphnia Betina akan Bertelur dan melahirkan anak setiap hari. Daphnia boleh bertelur atau beranak sebanyak 5 hingga 39 ekor sehari mengikut saiz masing2..Sebahagian kajian Pada jenis tertentu seperti Daphnia Magna ianya Boleh bertelur hingga melebihi 100 biji.




KUTU AIR MOINA MACROCOPA/MICRURA KRUZ





MOINA juga diantara makanan hidup Popular yang mempunyai Protein tinggi dan sering digunakan di Industri aquaculture seluruh Dunia..Moina juga mempunyai jenis2 tersendiri Seperti Moina Reticulata,Moina brichiata,Moina Salina,Moina Australienses,Moina Siammese,Moina Macrocopa juga disebut sebagai Moina Micrura Kruz oleh sebahagiannya dan spesis Moina lain2nya,.


Ukuran saiz moina lebih kecil dari Daphnia, sekitar 0.9-1.8 mm. Warna tubuhnya coklat kemerahan. Pada bagian perut terdapat seperti kaki pencakar pada abdomennya,dan pada bagian punggungnya mempunyai seperti rambut kasar. Di alam, kloni Daphnia biasanya bercampur baur dengan moina, sehinggakan sukar untuk dibezakan diantara kedua jenis zooplankton ini..



Sama Seperti Daphnia, Moina juga boleh berkembang biak secara aseksual dan seksual. Kitaran hidup bagi moina lebih singkat berbanding Daphnia yaitu sekitar 10~14 hari mengikut keadaan semasa..kemampuan pembiakkan Moina sekitar 4~30 ekor per hari mengikut saiz masing2.


Moina mudah ditemukan Di habitat asalnya di perairan air tawar seperti paya air tawar,tasik,kolam,saliran Air Sawah,Saliran Parit/Longkang,Tasik kumbahan Dan Tempat ideal Bagi Pembiakkan Moina iaitu Suhu perairan berkisar 24-31 Darjah Celcius dengan pH kisaran dalam 6.5pH hingga 7.5pH.


1 comment:

  1. boleh ceritakan secara details tentang kitaran hidup moina?

    ReplyDelete

About

Popular Posts