Trending

Saturday, 13 February 2021

KEBAIKKAN ROTIFER KEPADA FRY IKAN YANG BARU MENETAS

 


KEBAIKKAN ROTIFER KEPADA FRY IKAN YANG BARU MENETAS UNTUK MENINGKATKAN "SURVIVAL RATES" FRY IKAN ANDA

Kebaikkan Rotifer ini ianya sangat sesuai Untuk diberikan kepada Fry ikan Yang baru menetas seawal 5 hari,Oleh kerana saiz Micro Rotifer juga LEBIH KECIL DARI MOINA DAN LEBIH HALUS DARI BBS menjadikan ianya lebih mudah dan menarik minat Fry ikan kecil seperti Fry ikan Betta kerana mudah untuk mereka memakannya..Makanan Pemula Ini sangat Penting bagi Fry yang baru menetas untuk meningkatkan "SURVIVAL RATES" kadar Kelansungan hidup Fry ikan anda..


Tidak Hanya Bersaiz micro malah Rotifer juga mengandungi Nutrisi yang baik dan Berprotien tinggi yang menjadikan Rotifer ini makanan terbaik untuk benih2 ikan dalam tahap pembesaran mereka..Rotiter Juga sangat Popular digunakan oleh Penternak2 akuakultur industri Ternakan dan makanan Serta Juga sangat Popular digunakan oleh industri2 akuakultur komersial di serata dunia..


Bila kita masukan Rotifer Dalam bekas Fry sebagai makanan,Jika Rotifer yang diberikan kepada fry tidak habis dimakan,Rotifer itu masih boleh hidup dalam bekas tersebut dan mereka boleh memakannya bila2 masa saja jika mereka Perlu makan sehingga ianya habis dimakan oleh mereka..Ini adalah kebaikan Rotifer selain tubuhnya yg Micro dan Berprotien tinggi malah daya tahan Rotifer mampu bertahan 2~ 6 hari dalam bekas Fry Malah lebih daripada itu bergantung kepada keadaan air dalam bekas tersebut,..ini secara tidak langsung akan menjaga kualiti air dalam bekas fry tersebut..


Malah berlaku sebaliknya kepada BBS/Artemia/Brine Shrimp,BBS yang diberikan kepada Fry secara berlebihan apabila ia tidak habis di makan oleh fry,bbs tersebut akan mati dalam tempoh 24jam atau kurang dari itu..Dan apabila terlalu bnyak bbs yang mati dalam bekas Fry,ini akan menyebabkan air ikan cepat kotor dan Tercemar dan membahayakan Fry2 anda kerana ianya boleh mengakibatkan Fry ikan akan mati disebabkan berlakunya pencemaran air jika kotoran2 tersebut tidak dibuang tepat pada waktunya..


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts