Trending

Saturday, 26 August 2017

Inilah Bahaya Basuh Telur Ayam Selepas Beli


Inilah Bahaya Basuh Telur Ayam Selepas Beli, Berikut Pandangan Pakar Dan Ustaz

Assalamualaikum buat semua pengunjung .

Saya doakan semoga Allah jadikan kita kaya dan berjaya.

Hari ni, saya nak kongsi kisah pesanan tentang telur ayam ni bersama anda.

Alhamdulillah, ada manfaatnya dari kisah ini yang berguna kepada kita bersama.

BERSAMA TAUKE TELUR AYAM
Pagi Sabtu semalam, saya ke pasar pagi. Biasalah, hari cutikan.

Walaupun setiap hari saya cuti sebab hanya bekerja dari rumah tapi hari minggu tetap jadi pilihan untuk shopping. Rasa hidup je pasar bila ramai orang. Shopping sorang-sorang tak best. Betul ke betul?

Sampai saya ke kedai pembekal telur ayam sambil membelek-belek telur yang ada. Tapi yang saya hairan, banyak telurnya yang masih ada kotoran di kulitnya. Jadi, apa lagi, boleh jadi bahan bualan bersama tuan kedai ditambah aduan juga.

Kotor ek telur ayam sekarang ni. Kalau basuh sebelum jual bagus ni, kata saya sambil memandang kepadanya.

Jawabnya, Salah tu. Jangan basuh telur kemudian simpan. Kat kulit telur tu ada pori-pori dan selaput protection.

Itulah yang halang bakteria dan kotoran masuk dalam telur. Kalau dah basuh, lapisan tu hilang, bakteria dan kotoran lagi mudah masuk. Telur makin cepat rosak, pesannya dengan tenang.

Kali pertama kot saya dengar benda ni.Jahiliyah sungguh rasa.

Habis tu cara betul macam mana? sambung saya lagi.

Balik simpan dalam peti terus. Lebih tahan lama.Nak goreng, rebus untuk makan. Masa tu baru basuh. Terus masak dan makan. Itu cara betulnya, jawabnya.

Mohon bantu share ya jika artikel ini bermanfaat

Ayoyobetul ke info ni?

Korang buat macam mana?

JAWAPAN DARI SEORANG USTAZ

SOALAN INBOX:

Salam ustaz. wajib ke basuh telur ayam sebelum goreng atau rebus?

JAWAPAN:

1) Telur ayam dikeluar melalui faraj ayam betina dan sepertimana yang diketahui, telur yang dikeluar kebiasaannya beserta lembapan yang terhasil dari faraj. Sebelum membincangan hukum basuh telur, elok diketahui hukum cecair yang terhasil dari lembapan faraj binatang di sisi para ulama.

2) Menurut pendapat muktamad di dalam mazhab Syafi’ie cecair lembapan yang terhasil dari faraj manusia dan binatang adalah suci bukan najis iaitu hukumnya sama seperti peluh. Pandangan ini merupakan pendapat majoriti di kalangan ulama(Rujuk: Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah). Perkara ini dinyatakan oleh Sheikhul Islam Zakaria al-Ansari di dalam “Asna al-Matalib”:

وكذا رطوبة فرج المرأة بل وغيرها من كل حيوان طاهر

Maksudnya: “Begitu juga lembapan dari faraj wanita, bahkan selain darinya termasuk semua binatang adalah suci”.

3) Apabila sesuatu yang terkena atau diseliputi lembapan faraj maka ia tidak wajib dibasuh kerana ia tidak diketogarikan sebagai najis, perkara ini dinyatakan Sheikh Zainuddin al-Malibari di dalam “Fathul Mu’in”:

ولا يجب غسل ذكر المجامع والبيض والولد

Maksudnya: “dan tidak wajib membasuh kemaluan orang yang berjimak, telur dan anak(bayi yang dilahirkan)”.

4) Meskipun lembapan itu beserta dengan cecair yang bernajis seperti air kencing dan mazi, namun ia termasuk perkara yang dimaafkan dan hukumnya masih tidak wajib membasuhnya. Hal ini ada dijelaskan di dalam kitab “I’anah al-Tolibin”:

أي من رطوبة الفرج, سواء كانت طاهرة أو نجسة, لأنها على الثاني يعفى عنها فلا تنجس ما ذكر

Maksudnya: “Iaitu (tidak wajib basuh) dari lembapan faraj, samaada ia suci atau pun najis, kerana yang kedua itu(najis) dimaafkan maka perkara yang disebut itu(kemaluan orang berjimak, telur dan bayi yang baru lahir) tidak dikira sebagai bernajis”.

5) Kesimpulannya, jika telur yang keluar dari faraj ayam maka ia tidak dikira sebagai telur yang diseliputi oleh najis, kerana ulama menyatakan lembapan dari faraj ayam tidak dikira sebagai najis. Jika ia bercampur dengan najis sekali pun namun ia dimaafkan kerana ia terlalu sedikit dan sukar untuk dielak. Oleh itu, telur ayam tidak diwajibkan basuh sebelum dimasak menurut fuqaha’.

6) Lagipun telur-telur yang dijual di kedai dan pasaraya pada zahirnya tidak kelihatan najis pada kulitnya, oleh itu selagi tiada bukti yang nyata maka kulit telur itu pada asasnya adalah suci tidak diseliputi najis.

7) Melainkan jika telur itu kelihatan jelas padanya najis ayam atau berbau najis maka ia digalakkan dibasuh terlebih dahulu lebih-lebih lagi sebelum merebus telur tersebut. Hukum menjadi wajib basuh jika diyakini najis pada kulit telur itu akan mengena isi telur itu.

8) Perlu difahami, hukum fiqh tidak boleh disamakan dengan perasaan peribadi. Ilmu fiqh hanya membincangkan tentang hukum syarak ia tidak melibatkan citarasa peribadi contoh perasaan geli dan tidak selera. Oleh itu tidak wajar seseorang itu mengeluarkan hukum wajib atau haram berdasarkan perasaan atau citarasa peribadi. Namun bersikap berhati-hati dalam hal ini adalah lebih baik dan terpuji.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

1 comment:

  1. Bingung Cari Situs Judi Online Terpercaya ?

    Situs Betting Terpercaya Dan Terbesar di ASIA
    PANDORAQQ
    Menawarkan | Fasilitas | Keunggulan
    Deposit & Withdraw Minimal Rp. 20.000,
    Deposit & Withdrawal Super Cepat

    BONUS ROLINGAN 0.5 % Tiap senin

    BONUS REFERAL 20 % Seumur Hidup

    Customer Service Sopan & Ramah Siap Membantu

    Live Chat Responsif 24 jam

    Real Fair Play 100%

    Server Tercepat di Asia Tanpa Lelet

    Jangan berpikir dua kali
    Daftar sekarang juga dan nikmati fasilitas nya

    DAFTAR SEKARANG : PANDORAQQ
    Link Alternatif : www•pandoraqq•me
    WA : +855966735893
    Line : pandoraqq
    Fanpage : @Pandorapkv

    ReplyDelete

About

Popular Posts