Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein yang sebelum ini telah bercerai dengan bekas suaminya iaitu Azmi Hatta setahun yang lalu ketika mengandung pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan membuat tuntutan hak penjagaan anaknya.
Namun, punca sebenar penceraian beliau masih menjadi tanda tanya banyak pihak sehinggakan pelbagai cerita yang timbul mengenai beliau.
Bahkan ada pihak yang mengatakan Elly bercerai disebabkan dia curang di belakang bekas suaminya sehingga 'tertangkap' oleh bekas suami beliau sendiri ketika sesi pengambaraan di Pulau Langkawi.
Namun, Elly menafikan hal tersebut dan mendedahkan cerita sebenar yang berlaku.
“Saya mengelakkan publisiti yang tidak mendatangkan manfaat kerana mahu menjaga aib diri dan bekas suami. Bagaimanapun semakin saya berdiam diri, semakin banyak cerita yang tidak betul sampai ke telinga saya.
"Baru-baru ini saya dapat tahu tersebar fitnah yang kononnya bekas suami menceraikan saya kerana dia ‘tangkap’ saya dengan lelaki lain sewaktu saya menjalani penggambaran untuk sebuah drama di Pulau Langkawi.
“Teringin juga saya nak tahu siapakah lelaki yang ditangkap bersama-sama saya itu? Sedangkan ketika itu, bekas suami datang membuat kejutan di hotel penginapan ketika saya sedang menjalani penggambaran selama sebulan di pulau berkenaan.
"Sepanjang perceraian saya, bekas suami langsung tidak bertanya khabar sehinggalah Sefhia lahir. Saya yang sedang sarat mengandung memandu sendirian ke hospital pada hari pemeriksaan kandungan.
“Saya melahirkan anak pada 6.35 petang, kira-kira pukul 10 malam, bekas suami sudah sibuk mahu pulang. Sedangkan sebelum itu, dia sudah berjanji untuk menjaga saya hingga selepas habis berpantang. Saya merayu padanya untuk tak tinggalkan saya, tapi tak dilayan,” ulasnya lagi.
Bagaimanapun, Elly berasa terkilan dengan segala dakwaan tersebut kerana orang bercerita tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku.
Tambah Elly lagi, dia tidak pernah menyimpan dendam dengan bekas suaminya itu serta halalkan wang hantaran berjumlah RM11,111,11 yang sehingga kini masih belum diterima.
Apapun, semoga Elly tabah hadapi dugaan ini dan semoga berbahagia bersama anak kecil yang comel itu.
No comments:
Post a Comment