KUALA LUMPUR: Pengasas Vida Beauty, Dato Seri Vida akui sangat terkilan kerana bidaan nombor pendaftaran baru iaitu F 1 dikatakan jauh lebih tinggi apabila melebihi RM1 juta dari bidaan beliau.
“Memang saya ada bida tapi saya dapat tahu ada bidaan lebih tinggi, sakitnya hati.
"Saya nak barang tu (nombor pendaftaran 'F 1') tapi jadi mahal pula. Geram saya," katanya.
Namun, dia akan menilau semula bidaan tersebut dan pada masa yang sama engga mendedahkan nilai bidaan beliau. Menurut Dato Seri Vida, dia teringin sangat nombor tersebut kerana ada maksud tersendiri bagi dirinya.
"Dia berkaitan kepada produk saya Pamoga Qu Puteh kerana sayalah pencetus produk minuman kesihatan lapan tahun dulu.
"Saya berusaha keras untuk buat minuman kesihatan macam ini. Lepas tu ramai orang ikut, tiru-tiru.
“Formula nombor satu sebenarnya, 'I love to be number one' (Saya suka menjadi nombor satu) dan nak jadikan dia 'number one' sokmo (nombor satu sepanjang masa)," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad dilaporkan berkata, bahawa nilai bidaan untuk F 1 sudah dijangka melebihi RM1 juta.
Menurutnya, JPJ tidak menentukan sebarang nilai permulaan bidaan kerana proses itu dilakukan secara tender terbuka.
Bidaan untuk nombor pendaftaran bermula 'F 1' akan tamat Selasa ini manakala nombor pendaftaran bermula 'V' bermula 15 Julai nanti.
Pada 19 Mei lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi mengumumkan kenderaan untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya akan menggunakan ‘F’ manakala Kuala Lumpur, ‘V’.
No comments:
Post a Comment