Trending

Friday, 18 March 2016

Gerai 'Nasi Lemak Spiderman' Diangkut Jadi Viral, Pendedahan Sebenar Disebalik Kejadian Tersebut!



Baru-baru ini kecoh apabila gerai jualan Nasi Lemak Spiderman RM2 jadi viral di laman sosial apabila ada pihak yang melihat kejadian di mana gerai tersebut disita oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut sehinggakan melahirkan kemarahan kepada pihak MPKB itu kerana bersifat kejam.


Namun, ada cerita sebenar di sebalik kejadian yang berlaku. Menurut 'Abe Spider' tersebut atau dikenali sebagai Zawawi Ghazali melalui laman Facebook menjelaskan bahawa gerainya bukan disita cuma pihak mereka melarang membuat jualan di situ kerana bukan kawasan berniaga. Malah, mereka menasihatkan supaya Abe Spider mendapatkan lesen perniagaan yang sah.
Alhamdulillah sepanjang penjelajahan Abe Spider dari daerah ke daerah untuk berniaga,TIDAK PERNAH pun pihak Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah angkut meja Abe Spider...Malah dorang sokong usaha Abe Spider.
Tugas dan arahan patut dipatuhi...Doakan usaha Abe Spider untuk dapatkan lesen dipermudahkan.
Mereka cuma bertanya, tak tahu ke kawasan itu tidak boleh berniaga dan saya menjawab tidak tahu.
Mereka tidak ada cakap kasar pun dengan saya, cakap pun baik-baik, lepas tu saya kemas barang kerana kebetulan dah tidak lama selepas itu untuk pergi ke program anjuran FAMA
Apapun, semoga perniagaan Abe Spider semakin berkembang maju.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts