Trending

Friday, 18 March 2016

BIKIN PANAS! Dituduh Kaki Disko, Inilah Pengakuan Mengejutkan Pendebat Terbaik Asia Dari UIA!



Semalam kecoh apabila tersebar beberapa keping gambar Syed Saddiq yang merupakan Pendebat Terbaik Asia dari University Islam Antarabangsa 'berclubbing' bersama kawan-kawannya.

Menurut pengendali blog, truthvaccine.blogspot.my menerusi entrinya berkata, dia menerima satu kiriman daripada seorang yang tidak ingin dikenali, mendedahkan hobi dan kelakuan yang tidak sepatutnya dilakukan seorang pelajar apatah lagi merupakan penganut agama Islam.

Disebabkan itu, Syed Saddiq telah tampil memberikan penjelasan sebenar mengenai isu ini di laman Facebook miliknya. Malah, dia mengakui kesilapannya itu dan kini dia dalam proses untuk berubah ke jalan yang baik. Jom kita baca.

‪#‎IAmNotPerfect
My answer to Pro-UNMO/DS Najib Blogs

"I cannot change my past but I can change my future"
Mereka cuba untuk menggertak dan mendiamkan saya dengan isu ini. Bukan kali pertama saya diugut dengan perkara ini. Ramai yang beri saya cadangan untuk menidakkan perkara ini atau berdiam diri dan menolak isu ini ketepi.

But, I won’t do that. Saya bukan ahli politik. Saya tidak akan menipu dan saya tidak akan memutar belitkan fakta yang sedia ada.

Saya mengaku gambar itu memang gambar saya. Saya pernah pergi ke disko. I won’t deny that. Tapi saya juga ingin menekankan bahawa gambar itu diambil semasa pengumuman untuk pusingan kalah mati, pertandingan debat peringkat Asia. Saya bukan ‘kaki clubbing/disko’ sepertimana yang dituduh.

Saya bukan manusia yang sempurna. Saya juga bukan Muslim yang sempurna. Saya, seperti mana-mana manusia lain, pernah melakukan kesilapan. Tapi masa lalu tidak mendefinisikan siapa saya sekarang. Tanya sahaja pada ibu-bapa saya, kawan-kawan terdekat malahan ustaz-ustaz saya; mereka kenal siapa saya. 

Saya sedang dalam proses untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.Sekiranya anda fikir, mengugut saya sebegini akan mematahkan semangat dan menghentikan perjuangan saya, anda tersilap.

Saya bukan orang yang berkepentingan. I am a 23-year old guy who loves my country. Threatening me with my personal life shows how desperate people can get to cling on to power.

Sekiranya anda fikir, isu ini akan mengaburi mata saya dan rakyat daripada isu-isu sebenar yang sedang berlaku, anda tersilap. Kami, rakyat Malaysia mampu buktikan anda tersilap.

Saya sudah menjelaskan & "come clean" about my past. Would the Prime Minister do the same on 1MDB?

Saya tidak akan berhenti memperjuangkan kebenaran
Walau tergadai nama baik sendiri.

Biar putih tulang jangan putih mata.

Agi idup agi ngelaban!

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts