Trending

Wednesday, 10 February 2016

PENIAGA CAR WASH DAN PENGUSAHA NASI KANDAR MAUT DI TEMBAK

PERNAH MENJADI VIRAL KES DI JPJ
PENIAGA CAR WASH DAN PENGUSAHA NASI KANDAR MAUT DI TEMBAK
GEORGETOWN - Seorang pengusaha restoran nasi kandar maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam satu kejadian di Jalan Dato Keramat di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa yang dikenali Syed Amin Jainul Abidin, 46, mati ditempat kejadian selepas terkena lima das tembakan di bahagian kepala, badan dan tangan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,Datuk Zakaria Ahmad berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Mercedes dikatakan berhenti di hadapan sebuah kedai selepas menyedari dia diekori dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal.
Menurutnya, salah seorang suspek dikatakan turun dari motosikal tersebut dan melepaskan enam das tembakan ke arah mangsa.
"Mangsa ditembak dari jarak dekat dan lima das tembakan terkena pada mangsa manakala satu lagi tersasar.
"Suspek juga dikatakan cuba menembak dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia yang bertugas mengawal premis perniagaan berhampiran namun tembakan itu juga tersasar,"katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian.
Zakaria berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui motif pembunuhan.
Katanya, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada berhampiran dengan tempat kejadian bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.
"Kita akan menyiasat dari semua sudut dan kes akan disiasat mengiukut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Difahamkan, selain mengusahakan restoran nasi kandar, mangsa juga memiliki sebuah pusat mencuci kenderaan di Jelutong.
Mangsa sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengeluarkan kata-kata kesat ke atas pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November tahun lalu.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat
--------------------------------------------------
GEORGETOWN: Seorang tauke restoran nasi kandar (menurut penduduk tempatan Taukey Car Wash) maut ditembak dari jarak dekat di Jalan Datuk Keramat, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi itu, Syed Amin Zainul Abidin, 46, yang memandu kereta Mercedes Benz dipercayai berhenti di depan sebuah kedai motosikal sebelum dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad, berkata seorang daripada suspek melepaskan tujuh das tembakan ke arah mangsa yang berada di tempat duduk pemandu. Beliau berkata, empat das tembakan mengenai badan peniaga berkenaan dan satu das lagi mengenai bahagian kepala, menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi. Suspek juga, katanya, turut melepaskan satu das tembakan ke arah dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), yang sedang bertugas mengawal premis perniagaan berdekatan, namun tersasar. "Siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan masih dilakukan bagi mengenal pasti motif serangan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi.
--------------------------------------------
Georgetown: Seorang peniaga nasi kandar dan pengusaha kedai cuci kereta maut ditembak lima das oleh dua lelaki tidak dikenali di Jalan Datuk Keramat di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 3.30 pagi itu mangsa, Syed Amin Zainul Abidin, 46, yang memandu kereta seorang diri dipercayai singgah di kedai menjual motosikal dan berhenti di tepi jalan sebelum diekori dua lelaki yang menunggang motosikal.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zakaria Ahmad berkata, berdasarkan siasatan seorang daripada suspek dikatakan turun dari motosikal lalu melepaskan tujuh das tembakan ke arah kereta mangsa dan mengenai cermin kereta bahagian hadapan pemandu.
Beliau berkata, siasatan mendapati lima das tembakan mengenai tubuh badan mangsa termasuk kepala manakala satu das tembakan tersasar.
Katanya, suspek dikatakan cuba melepaskan satu das tembakan ke arah dua anggota Rela yang bertugas menjaga kedai motor sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina tetapi tidak mengenai mangsa.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 8:59 AM











Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts