Trending

Monday, 22 February 2016

Alam Tajalli atau MERTABAT TUJUH itu sabenarnya adalah mithalan pemahaman



HAKIKAT SIFAT
Alam Tajalli atau MERTABAT TUJUH itu sabenarnya adalah mithalan pemahaman sahaja.
Pada hakikatnya tiga ( 3 ) Peringkat Tanazzulat ( Penurunan ) yaitu Ahdiyyat, Wahdah dan Wahidiyyat adalah satu dan sama jua. Ahdiyyat berpadu dalam Wahdat dan Wahdat berpadu dalam Wahidiyyat.
Dalam Wahidiyyat semua Asma’ tersembunyi
Asma’ mula mula terzahir dalam Alam Arwah, kemudiannya di Alam Mithal & Nasut.
Dalam Hakikat Muhammad semua Nama Nama
( Asma’ ) tersembunyi
Dalam manifestasi Nabi Muhammad semua Nama Nama tersembunyi melainkan HADI ( Pembimbing Yang Benar ).
Bagi IBLIS semua Nama Nama tersembunyi melainkan MUDHIL ( yang Menyesatkan )
Allah itu Indah dansukakan Keidahan. Indahadalah Sifat Zat. Allah menjadikan manusia itu dengan Sifat KeindahanNya sendiri. KeindahanNya adalah CintaNya dan CintaNya adalah Keindahan.
Dia Yang Mencintai dan Dia jualah Yang Di-cintai. Dia nampak DiriNya dalam KeindahanNya sendiri. Dia cinta DiriNya sendiri. Allah tidak cinta pada yang lain selain DiriNya sendiri.
Allah mempunyai Kebaikan Yang Mutlak. Dari Kebaikan Mutlak itu timbul Kejahatan. Apa yang nampak jahat ialah perhubungan antara Nama NamaNya yang bertentangan dan bukannya dari Wujud itu sendiri.
Perhubungan diantara satu daripada Nama Nama Keagungan dengan yang lain saperti Latifah dengan Sifat yang lemah Lembut berupa jahat tetapi jika dengan sendirinya ianya adalah baik.
Orang Syariat merujuk kebolehan kebolehan ( faculties ) sebagai malaikat yaitu manifestasi manifestasi Kuasa Kuasa Ketuhanan saperti malaikat angin, api dan sebagainya. Contohnya telinga ialah manifestasi manakala pendengaran ialah kebolehannya ( telinga )
Zat Allah terzahir didalam Sifat. Sifat terzahir dalam Kebolehan dan kebolehan terzahir pada badan. Perbuatan terzahir pada kesannya. Jika tidak ada badan dimanakah kebolehan ini boleh ditunjukkan ?
Sifat tidak wujud berasingan dan bukan tambahan kepada Zat. Pada segi pengetahuan Zat itu pengetahuan itu sendiri. Begitulah seterusnya.
MAWAHID ialah seseorang Yang Melihat Tiada Ghayr ( yang lain ) yaitu Dia terdiri dalam Zat dia sendiri, tidak ia melihat zat yang lain dari masa yanpa permulaan hingga masa tanpa akhirnya. Ia hanya satu tajalli Zat yang dari DiriNya atas DiriNya dan melalui DiriNya.
Firman Allah :-
Tidak ada Tuhan melainkan Aku. Aku adalah Satu dan tidak ada sekutu denganKu.
Zat dan Sifat adalah satu pada hakikatnya dan berasingan dalam fahaman anda. Sifat adalah aspek Zat. Zat anda secara sendirinya tidak boleh membuatkan anda melihat jika tidak ada sifat yakni mata.
Zat ( Lahut ) adalah punca Sifat ( Jabarut ) . Sifat adalah punca Af’al ( Malakut ) dan Af’al adalah punca Athar ( Kesan ) . banyaknya Sifat adalah khayalan dalam ilmu. Ianya tidak wujud sama ada didalam atau diluar Ilmu.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts