Menurut Mohd Faiz, 29, dia tidak menyangka tendangan percuma yang dibuat semalam, dalam perlawanan menentang Pahang menjadi viral dan mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat bola seluruh dunia. Katanya, untuk membuat tendangan berkenaan dia sebenarnya meluangkan masa sekitar 15 minit setiap kali selepas tamat waktu latihan untuk cuba membuat tendangan percuma dari pelbagai jarak. "Saya menjadikan Roberto Carlos dan Christiano Ronaldo sebagai idola dan sering menonton video sepakan percuma yang diambil mereka melalui laman YouTube.
"Saya tidak menyangka sepakan percuma itu melonjakkan nama saya hingga disamakan seperti sepakan dua pemain terkemuka itu," katanya ketika dihubungi, hari ini. Ketika ditanya mengenai kemungkinan dia dicalonkan sebagai penerima Anugerah Puskas FIFA, Faiz berkata, dia menganggap itu sebagai rezeki dan peluang untuk dirinya menaikkan nama pasukan dan negara.
Dalam perlawanan di Stadium Bandaraya yang berkesudahan dengan keputusan Pulau Pinang membenam Pahang dengan keputusan 4 - 1 Gol ketiga pasukan, sumbangan Mohd Faiz ternyata meninggalkan impak tersendiri apabila diiktiraf komuniti bola sepak dunia sebagai setaraf dengan tendangan dilakukan Carlos iaitu bekas bintang pertahanan Brazil.
No comments:
Post a Comment