Trending

Sunday, 15 November 2015

Tembak rambang guna AK-47 selama 10 minit (9 Gambar)


PARIS: Seorang wartawan radio Perancis yang berada dalam Teater Bataclan yang diserang pada malam Jumaat menyifatkan ia sebagai `10 minit mengerikan’ apabila sekumpulan lelaki berbaju hitam sambil memegang senjata AK-47 memasuki tempat itu dan melepaskan tembakan rambang ke atas ratusan penonton konsert yang sedang menjerit.
“Ia bermandikan darah,” kata Julien Pearce, wartawan stesen Radio 1 Eropah memberitahu CNN.
“Orang ramai menjerit, melolong dan terbaring atas lantai, dan ia hanya berakhir dalam tempoh 10 minit… 10 minit mengerikan apabila semua terbaring di lantai melindungi kepala masing-masing.
“Kami mendengar banyak tembakan dan penyerang pula kelihatan tenang, bersungguh-sungguh dan mereka mengisi peluru antara tiga hingga empat kali.




Mereka tidak menjerit apa-apa. Mereka tidak berkata apa-apa,’. Pearce berkata, dia bernasib baik kerana berada berhampiran pentas ketika penembak memakai baju hitam dan memegang senjata AK-47 melepaskan tembakan.
“Penonton mula cuba melepaskan diri, dengan berjalan di atas badan orang ramai yang berbaring di lantai untuk mencari pintu keluar. “Saya berjaya menemui pintu keluar ketika penembak sedang mengisi peluru,” katanya.
Wartawan radio itu juga memaklumkan dia berjaya membantu membawa keluar seorang remaja perempuan yang berlumuran darah dan meminta sebuah teksi menghantarnya ke hospital.
Tidak lama selepas itu, katanya, polis menyerbu tempat berkenaan dan menembak mati tiga lelaki disyaki suspek yang melakukan tembakan. Pearce berkata, dia dapat melihat wajah seorang daripada penembak berkenaan, yang berusia antara 20 hingga 25 tahun.
“Apa yang berlaku ini sesuatu yang teruk. Secara jujurnya, 15 minit, 10 minit penembak melepaskan tembakan rambang dalam bilik konsert yang kecil. Saya maksudkan, bukan bilik konsert yang besar.
“Ianya bilik kecil. Maksimun 2,000 orang dalam satu masa – dan ia sangat menakutkan,” katanya. – AFP



Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts