Trending

Sunday, 15 November 2015

LPT2 : Razif Dibodohkan Atau Mohd Nor Hamzah yang Bodoh?



Saya sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara ini. Namun terpanggil untuk menjawab kenyataan Adun Bukit Payung di laman Facebook milik beliau. Adun Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah di dalam salah sebuah entrinya yang berjudul Laporan LPT2: Razif Diperbodohkan?
Beriya-iya sekali beliau menyokong kenyataan Ketua Pengarah LLM, Ismail Md. Salleh yang dilihat menjadi bola tanggung baginya untuk ‘smash’ laju-laju Razif serta kerajaan UMNO…
Sayangnya YB Mohd Noor Hamzah hanya memetik sebahagian daripada ucapan ketua pengarah LLM tanpa mendedahkan isi sepenuhnya kronologi serta fakta penting mengenai laporan tersebut. Ini diselangi pula dengan putar belit serta ditambah rempah ratus kari hangit bagi menimbulkan fitnah dan kebencian rakyat terhadap UMNO.
Mohd Nor hanya mengambil sekelumit kecil ucapan tersebut tanpa mengambil kira laporan-laporan dari agensi-agensi berkaitan seperti JKR, IKRAM, MIROS serta statistik kemalangan dan punca yang pernah dibentangkan oleh pihak PDRM sebelum ini.
Menurut ‘matematik mudah’ yang diberikan oleh Adun Bukit Payung, sebanyak RM 2 billion wang rakyat dimendapkan dengan kerja-kerja tidak betul. Ini berdasarkan laporan dari LLM yang mengatakan ‘separuh dari LPT2 dibina di atas tanah lembut yang menyebabkan permukaan lebuh raya beralun’.
Tahukah Mohd Nor Hamzah, selepas LPT siap dibina, ia telah melalui proses audit oleh MIROS yang mengesahkan ianya menepati ciri antarabangsa. YA, MENEPATI CIRI ANTARABANGSA. Perubahan bentuk muka bumi seperti tanah mendap dalam masa setahun dua bukanlah kuasa kita.
Waima tanah runtuh di Karak sehingga tidak boleh digunakan sehari dua, pada siapa kita menunding jari? Bah kuning terbesar di Kelantan tahun lalu sehingga meranapkan infrastruktur, jambatan roboh, jalanraya rosak serta rumah-rumah hancur sehingga menyebabkan kerugian jutaan ringgit, kontraktor mana yang harus dipersalahkan?
Jika faktor alam menjadi penyebab Mohd Nor menunding jari, maka dia tidak layak sama sekali menjadi YB kerana cetek pemikirannya.
Tidak kurang itu, Mohd Nor menuduh Razif cuba meletakkan kesalahan kepada rakyat berhubung kenyataan Menteri Besar yang berbunyi , “70 peratus kemalangan di LPT2 berpunca dari sikap pemandu”.
Saya berasa hairan mengapa Mohd Nor Hamzah menyembunyikan petikan-petikan lain dari ketua pengarah LLM? Tidak menguntungkannya barangkali.
Menurut ketua pengarah LLM, ‘apabila kenderaan dipandu laju di situ (jalan yang beralun) berkemungkinan mudah untuk pemandu terlibat dalam kemalangan’. Nah.. ‘pandu laju’, inilah yang merujuk kenyataan dari Ahmad Razif berhubung ‘sikap pemandu’. Kenyataan ‘sikap pemandu merupakan penyumbang kepada faktor kemalangan’ dikuatkan pula dengan statistik dan laporan yang diperolehi dari PDRM,JKR dan Lembaga Lebuhraya Malaysia seperti di bawah :
1. Kes Laju Dan Terbabas – 338
2. Laju Dan Langgar Belakang – 67
3. Laju Dan Bergesel – 32
4. Mengantuk Dan Langgar Belakang – 53
5. Mengantuk Dan Terbabas – 35
6. Tayar Pancit / Tayar Pecah – 39
7. Langgar Lembu – 41
8. Langgar Kerbau – 15
9. Binatang Liar – 51
10. Lintasan Air/Lopak Air – 70
11. Langgar Objek Dalam Jalan – 6
12. Berhenti Lorong Kecemasan – 1
13. Angin Lintang – 5
14. Jalan Licin – 1
15. Mengundur – 1
‘JKR telah menjalankan Audit Keselamatan jalan (RSA) selepas projek LPT 2 siap’ dan ‘Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengesahkan lebuhraya LPT2 menepati syarat-syarat antarabangsa’ bukan sebuah laporan yang ditulis sendiri oleh Ahmad Razif, tetapi disediakan oleh mereka-mereka yang pakar dalam bidang tersebut.
Mana mungkin seorang pemimpin yang beragama Islam mengkhianati amanah, lebih-lebih lagi dalam hal-hal yang melibatkan keselamatan serta nyawa rakyat. Maka tidak adil sama sekali YB Bukit Payung menuduh Razif memperbodohkan rakyat tanpa membentangkan keseluruhan isi laporan berkenaan.
Mahu tunggu sehingga semua laporan dikumpulkan? Rakyat sedang menanti jawapan, apa salahnya memberikan laporan secara berkala jika data-data di setiap laporan adalah data yang sebenar? Nak ikut cara YB Adun Bukit Payung yang tak ‘up to date’ dan lembab? Nak menunggu dan simpan sehingga basi?
Jika merujuk kepada data serta fakta laporan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dikatakan sebagai ‘memperbodohkan’ rakyat oleh YB Adun Bukit Payung, entah apa lagi mahu saya perkatakan. Kesimpulan yang saya dapat rumuskan. Bukan Razif yang dibodohkan, bukan rakyat yang diperbodohkan…
tetapi Adun Bukit Payung itu sendiri yang bodoh.
-Azan Ismail-

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts