Trending

Sunday 15 November 2015

Akaun Facebook ditutup, Alvin Tan umum masih hidup dalam akaun baru



KUALA LUMPUR : Blogger kontroversi, Alvin Tan yang kini menetap di Amerika Syarikat dikatakan telah mati akibat ditembak.

Berita itu tersebar selepas beberapa laman blog menyiarkan gambar Alvin dengan kesan luka pada pipi sebelah kiri dipercayai akibat kesan daripada tembakan.

Bagaimanapun, Alvin mengesahkan dia masih hidup menerusi akaun Facebook barunya.

Baru sahaja sehari akaun Alvin ditutup oleh Facebook, kini blogger kontroversi itu kembali ke dunia Facebook dengan akaun yang baharu.

Difahamkan, akaun Alvin dipadam susulan tindakannya yang melampau baru-baru ini apabila beberapa helaian al-Quran digunakan sebagai tisu tandas sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Bernama melapor lima laporan polis telah dibuat terhadap Alvin selepas status berkenaan al-Quran dimuat naik. 

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts