Trending

Saturday, 31 October 2015

Persembahan Zizan Memukau Penonton



Pertandingan akhir Super Spontan All Stars menyaksikan pelawak Zizan Razak diangkat juara program realiti lawak itu yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, di sini, malam tadi.
Dengan kemenangan itu, Zizan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150,000 dan trofi.
Selepas sembilan minggu bersaing dengan 14 peserta, Zizan berjaya menewaskan lima finalis lain iaitu Johan, Achey Bocey, Pak Yus, Rahim R2 dan Tauke.
Tempat kedua disandang oleh Johan diikuti Achey Bocey masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM75,000 dan RM50,000 serta trofi.
Sementara tempat keempat, kelima dan keenam dimenangi Pak Yus (RM20,000), Rahim R2 (RM10,000) dan Tauke (RM5,000).
Gelanggang akhir Super Spontan All Stars menampilkan Datuk AC Mizal selaku pengacara dan program itu dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan De Fam dan Lawa Nie Geng.
Program itu turut menampilkan Afdlin Shauki, pengacara ERA FM Ray dan Haniff sebagai pengadil perlawanan manakala Amir Raja Lawak menjadi pembantu pengacara.
Super Spontan All Stars berkonsepkan komedi adalah pertandingan permainan pentas secara spontan. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kungfu Kipidap dan Silat Dongibab.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts