Hari ini kita dikejutkan dengan sambungan video pergaduhan tiga wanita yang lebih ganas dan tidak berhati perut. Video semalam sekadar memaparkan aksi pukul memukul dengan menggunakan tangan dan kaki, tetapi video sambungan hari ini pula memaparkan aksi membogelkan bahagian dada mangsa disamping sepak terajang yang ditujukan ke arah buah dada dan tempat sulit mangsa.
Wanita yang memukul sempat menyebut, inilah buah dada yang Shahir hisap tu. Mungkin itu lah sebab yang membuatkan wanita itu pijak buah dada mangsa. Jelas ini merupakan tindakan balas dendam kerana berebutkan seorang lelaki. Video tersebut tidak dapat dipaparkan kerana ianya terlalu mengaibkan mangsa.
Mangsa hampir ditanggalkan seluar, namun rayuan dari mangsa berjaya menghentikan tindakan tersebut. Walaubagaimana pun tahap keganasan yang ditonjolkan amatlah melampau dan tidak boleh kita terina.
Polis Kelantan telah menahan tiga wanita tersebut bagi membantu siasatan kes pergaduhan yang tersebar di laman media sosial sejak beberapa hari lalu. Suspek pertama ditahan dua hari lalu di padang tembak sementara dua lagi diberkas di rumah masing-masing dekat Taman Sari dan Wakaf Mek Zainab antara jam 3 hingga 4 pagi tadi (Rabu).
Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku di Bachok, Kelantan. Terdapat beberapa saksi di dalam video tersebut yang dilihat hanya berdiri sambil merakam kejadian dan tidak berusaha untuk meleraikan pergaduhan berkenaan.
No comments:
Post a Comment