PERSOALAN & JAWAPAN
# Persoalan : Bolehkah pinjaman bank bagi pembiayaan rumah diperolehi jika geran tanah di atas nama penama lain?
Jawapan : Untuk jawapan bagi persoalan itu mengenai pinjaman bank bagi pembiayaan rumah di atas tanah milik penama lain, ianya boleh dilaksanakan. Bagaimana pun penama tanah harus bersedia dimasukkan sebagai peminjam bersama. Pihak bank akan menilai kelayakan atas peminjam utama. Untuk tujuan ini satu perjanjian melibatkan peminjam utama, kontraktor & penama tanah perlu disediakan. Implikasi daripada pinjaman ini ialah hartanah berkenaan pada asasnya adalah milik penama tanah. Jika peminjam yakin bahawa tidak akan timbul sebarang masalah berbangkit di kemudian hari maka ianya boleh dilaksanakan. Di pihak bank kes seumpama ini boleh dilaksanakan.
# Persoalan : Bolehkah pembinaan sesebuah rumah dibuat di atas tanah dengan syarat pertanian?
Jawapan : Untuk jawapan bagi persoalan itu adalah, pembinaan rumah kediaman boleh juga dibuat di atas tanah lot pertanian atau dusun tetapi ianya terhad kepada satu unit sahaja. Tidak kira berapa keluasan tanah berkenaan, pihak majlis perbandaran atau daerah hanya boleh memberi kelulusan untuk pembinaan satu unit kediaman sahaja. Sehubungan itu, untuk pembinaan sesebuah kediaman adalah disyorkan ianya dibina di atas tanah lot dengan syarat bangunan kediaman. Ini juga akan memberi perbezaan ketara dari segi nilai kediaman yang dibina kerana kadar nilaian lot bangunan kediaman adalah lebih tinggi berbanding tanah lot pertanian.
# Perlukah saya menukar status tanah pertanian kepada bangunan jika ingin bina rumah ?
Jawapan : Untuk jawapan kepada persoalan itu adalah jika pembinaan secara tunai tidak perlu. Jika pembinaan melalui pinjaman perumahan perlu tanah berstatus bangunan kerana pembiayai lebih mengutamakan tanah berstatus bangunan sebagai cagaran.
" Ini adalah jawapan secara asas sahaja dan mungkin ada jawapan lain lagi berdasarkan pemahaman masing-masing "
No comments:
Post a Comment