Trending

Tuesday, 18 October 2016

Bagaimana Ingin Menilai Kualiti Pembinaan Sesebuah Rumah


Sekadar Perkongsian Berkaitan Bagaimana Ingin Menilai Kualiti Pembinaan Sesebuah Rumah
Bagi yang tidak pernah terbabit dalam pembinaan sesebuah rumah, pastinya sukar untuk menilai kualiti sesebuah kediaman yang telah siap atau sedang dalam pembinaan. Kualiti sesebuah kediaman, selain daripada rekabentuk yang menarik ianya juga terletak pada bahan-bahan/material yang digunakan dan juga cara atau ketelitian dari segi ketukangan oleh pihak pembina.
Disini ada beberapa cara untuk menilai kualiti pembuatan/pembinaan yang boleh anda perhatikan sendiri :
# Pemasangan atap/bumbung
- Pastikan setiap jajaran bumbung adalah lurus dan tidak bengkok atau melengkung. Untuk mengelakkan strutur kayu bengkok ekoran bebanan atap yang berat, kayu-kayu penahan atau kayu penyanggah perlu dipasang dengan secukupnya. Bagi struktur menggunakan besi, masalah ini jarang berlaku.
# Tidak berlaku sebarang resapan air atau kebocoran bagi bumbung yang menggunakan konkrik slab, pastikan pihak pembina menggunakan prosedur pemasangan water proofing dengan betul.
# Kemasan mozek
- Pastikan semua sudut lantai adalah menepati sesiku. Permukaannya pula adalah benar-benar rata dan tidak ada yang timbul atau terkedalam. Setiap garisan tepi mozek yang sama saiznya akan kelihatan seperti satu garisan lurus yang sempurna. Penggunaan simen yang mencukupi untuk melekatkan kepingan mozek juga adalah penting untuk memastikan ianya kukuh dan tidak mudah pecah.
- Mozek di bahagian lantai bilik air pastikan permukaannya menurun sedikit ke arah lubang air keluar, ini akan memastikan air mandian akan cepat mengalir keluar dan tidak bertakung di permukaan lantai seterusnya menyebabkan ia berlumut dan licin.
# Kemasan plastering
- Pastikan lepaan simen licin di semua permukaan dinding dilakukan dengan sempurna iaitu ianya benar-benar rata, tiada bahagian yang terkedalam atau terkeluar. Cara untuk melihatnya ialah dengan berdiri dan melihat dari sudut sisi sesuatu permukaan dinding itu.
- Pastikan setiap sudut dan bucu dilakukan dengan kemas dan teliti, sudut akan kelihatan seperti 90% manakala bucu akan kelihatan seperti satu garisan lurus yang tegak.
# Pastikan besi yang digunakan dalam setiap bahagian konkrik simen adalah mengikut saiz sebenar dan mencukupi.
# Pastikan semua tiang didirikan tegak 90% daripada permukaan tanah, serta kedudukan semua tiang nampak sejajar dalam satu garisan lurus. Cara untuk melihatnya ialah dengan berdiri dari belakang tiang yang terakhir dan melihat sisi semua tiang-tiang berkenaan. Jika ada tiang yang kelihatan termasuk ke dalam atau terkeluar ini bermakna tiang-tiang berkenaan tidak didirikan dengan sempurna.
# Pastikan setiap ruang bekerja, dikemas dan dibersihkan setiap hari sebelum kerja-kerja disambung semula keesokannya.
Itulah antara beberapa cara melihat ketelitian ketukangan dalam pembinaan sesebuah rumah. Perlu diingat, kebanyakan tukang-tukang rumah akan mengaku mereka adalah mahir dan berpengalaman, hakikatnya jarang sekali yang mahir dalam keseluruhan aspek pembinaan sesebuah rumah. Biasanya tukang kayu hanya mahir dalam kerja-kerja kayu, manakala tukang plaster pula mahir dalam kerja-kerja plastering sahaja. Yang pasti, ketua mereka mestilah seseorang yang berpengalaman luas dalam bidang itu.
Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini dapat dijadikan rujukan kepada kenalan semua.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts