Trending

Sunday 20 December 2015

Star Wars: The Force Awakens pecah rekod



Los Angeles: Filem ‘Star Wars: The Force Awakens’ memecahkan rekod jualan tiket tayangan malam pembukaan di Amerika Syarikat dan Kanada serta dijangka meraih pendapatan tertinggi dalam industri perfileman.

Catatan menunjukkan filem terbaru epik angkasa lepas yang memang ditunggu-tunggukan tayangannya meraih AS$57 juta (RM245 juta) untuk hari pembukaannya, mengatasi dengan mudah rekod terdahulu - AS$43.5 juta (RM187 juta) - yang dicatatkan ‘Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2’ pada 2011.

Menurut Disney, dicampurkan dengan Jumaat, jualan tiket menjangkau AS$125 juta (RM536 juta) - rekod terbaru industri perfileman, yang tertinggi dalam sehari bagi sebuah filem dalam sejarah industri itu.
Sejak mula ditayangkan di seluruh dunia di luar benua Amerika Utara pada Rabu lalu, ‘The Force Awakens,’ mencatatkan jualan tiket berjumlah sekurang-kurangnya AS$130 juta (RM558 juta) dengan mencatatkan rekod baru di Britain, Jerman, Norway dan Sweden.

Penganalisis meramalkan, siri ke tujuh Star Wars itu yang menelan belanja AS$200 juta (RM858 juta) untuk diterbitkan berupaya mencatatkankan jualan terbesar untuk tayangan hujung minggu di samping menjadi filem paling banyak mendapat sambutan dalam sejarah.

Rekod tayangan pertama hujung minggu sebelum ini dipegang oleh ‘Jurassic World,’ yang mula ditayangkan awal tahun ini dengan catatan jualan tiket sebanyak AS$208.8 juta (RM892 juta). - Reuters

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts