Trending

Sunday 20 December 2015

Pekerja Zoo Didakwa Perkosa Orang Utan Sehingga Hamil


SURABAYA: Misteri seekor Orang Utan yang tidak pernah bercampur dengan Orang Utan lain bunting telah terjawab apabila kamera litar tertutup (CCTV) merakam tindakan kejam seorang lelaki yang didakwa pekerja Zoo Surabaya telah merogol haiwan berkenaan dan beberapa Orang Utan lain.

Memetik laporan Harian Metro, pekerja berumur 38 tahun berkenaan kini dipercayai telah ditangkap selepas pihak zoo meneliti rakaman video berkenaan dan melihat sosok lelaki sama dengan lelaki berkenaan.

Menurut kenyataan seorang kakitangan Zoo tersebut, Akhiroel Yahya berkata, ada antara haiwan berkenaan teransang secara seksual apabila hendak diberi makanan.

“Tetapi, apa yang paling membuatkan kami mengesyaki sesuatu tidak kena ialah melihat orang utan tertua kami, Marylin, hamil sedangkan dia tidak pernah bercampur dengan orang utan lain disebabkan sifatnya yang agresif,” katanya.
Pengarah zoo, Abdoel Hakim yang marah dengan kejadian itu mengakui mengambil masa untuk mengenal pasti apa sebenarnya berlaku..

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts