Trending

Friday, 25 December 2015

Pesanan Amy Search Kepada Suami Nabila Huda Buat Ramai TERKEJUT !



Merestui pilihan Nabila Huda untuk perkahwinan kedua anak sulungnya itu, selaku bapa, Amy Search berharap agar menantunya, Mohd Izwan Johar dapat membimbing anaknya ke arah kebaikan.

“Saya berharap dia (Izwan) dapat menjaga Abil dengan baik seperti mana saya menjaganya. Semoga Izwan dapat membimbing Abil menjadi seorang isteri yang baik. Diharap Abil dapat menjalani fasa kehidupan sebagai isteri dengan sempurna dan menghadapi dugaan berkahwin dengan penuh sabar”

“Sebagai bapa, saya mendoakan yang terbaik buat mereka berdua. Dengan tangan terbuka, saya menyambut baik kehadiran Izwan sebagai ahli baharu keluarga saya,” jelasnya kepada BH Online.

Sementara itu, Izwan pula menerangkan bahawa tanggunjawabnya sebagai suami akan dipikul sebaik mungkin namun dalam masa yang sama tidak akan menghalang Nabila untuk meneruskan kerjaya seni.

Semoga pasangan ini akan terus kekal bahagia, dipermudahkan segala urusan dan juga dilimpahkan rezeki. Kami kongsikan bersama anda, beberapa keping gambar sepanjang majlis nikah diadakan.

Penampilan Terkini Nur Amalina Bakri Pelajar Cemerlang Yg Memperoleh 17 A Sgt MENGEJUTKAN !



Masihkan Anda Ingat Nur Amalina Che Bakri Pelajar Cemerlang Yang Memperoleh 17 A??? Beliau Dikatakan Telah Pun Gagal Dalam Pelajarannya Oleh Kerana Perubahannya Yang Mendadak. Tapi 8 tahun Kemudian Amalina Sekali Lagi Mengejutkan Rakyat Malaysia Setelah Lama Menyepi!!

Tahniah Nur Amalina Che Bakri. Pencapaian terbaru dan terkini Nur Amalina Che Bakri terus menutup cakap-cakap dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya 3 tahun lalu iaitu sekitar awal tahun 2012 yang lalu.

Berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima, sepanjang berkelana di luar negara, di negara orang, Dr. Amalina lebih fokus kepada “hak asasi manusia, kerja sosial dengan masyarakat UK dan di luar), dan buat internship di hospital terkemuka (Harvard, Imperial).

Keputusan dan Pencapaian Terkini Nur Amalina Che Bakri 2015?

Keputusan SPM 2004 dengan 17A
Pelajar Tajaan Bank Negara Malaysia BNM
Ijazah Universiti Edinburg Scotland (Ijazah Sains Biomedik dalam Farmakologi dan Ijazah perubatan). Double degree.

Sarjana di Universiti Cambridge (Kepujian Kelas Pertama) bagi kursus translasi perubatan dan terapeutik

Sekarang sedang menjalani latihan sebagai doktor pelatih

Bakal sambung belajar ke peringkat PHD atau Doktor Falsafah dalam bidang kanser payudara dan onkoplastik di Kolej Imperial, London

Sedang berusaha ke arah menjadi perunding dan pakar bedah kanser payudara tidak lagi lagi
Bakal membuat pembentangan kertas Thesis di Persidangan Kanser Antarabangsa di Houston Texas, USA

Nur Amalina Che Bakri juga sudah bentangkan 6 kertas kajian beliau di peringkat dunia untuk kajian perubatan dan ada antara kajian Amalina Che Bakri adalah yang terbaik

Jikalau anda mahu lihat contoh resume Aamalina Bakri, bleh semak di profil Linkedin miliknya di sini, uk.linkedin.com/pub/amalina-bakri

Apa yang boleh Berita Semasa dengan satu kata, Impressive.

Jikalau Universiti Berita Semasa tidak ambil pusing tetapi master dari Universiti Cambridge. Salute her.

Semoga kehadiran anda pulang ke Malaysia bakal mampu menyelamat lebih ramai lagi mangsa kanser payudara berdasarkan pengalaman dan kepakaran anda pada ketika berkelana di luar negara sana. Insyaallah.

Dan semakan Berita Semasa menunjukkan, Amalina Che Bakri juga ada menyumbang hasil tulisan dalam buku bertajuk ABC of Medically Unexplained Symptoms dan tulisan Amalina Bakri boleh anda baca dan amati pada bab 36 yang memfokuskan terhadap Pelvic and Reproductive System Symptoms pada Bab 10 di muka surat 36.

Sambung PHD. Boleh pula menulis pula lagi. Tahniah adik Amalina.

Amalina jikalau balik Malaysia terus dapat jadi pensyarah atau pun buat klinikal. Paling kurang nanti boleh bermula dengan gred UD54 kelak.

Nur Amalina, pelajar cemerlang 17A1 serta penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426H/2005 pernah menjadi kontroversi sebelum ini ekoran dari beberapa keping gambar kurang sopan yang dianggapnya sebagai fitnah.

Kini pelajar tahun akhir jurusan perubatan di Universiti Edinburgh, Scotland pertama kali tampil bersama rambur ‘kaler’ dan meluangkan masa kira-kira dua jam berkongsi pengalaman serta tips belajar bersama pelajar Kolej Perubatan Di Raja Perak Universiti Kuala Lumpur (UniKL RCMP) 25 Disember lalu.

“InsyaALLAH pada satu hari saya akan pulang ke Malaysia dan berkongsi ilmu kepada anak tempatan yang bercita-cita untuk menjadi doktor,” kata Nur Amalina kepada Sinar Harian.

“Ini merupakan kali pertama saya adakan sesi interaksi bersama mahasiswa di negara ini selepas lapan tahun melanjurkan pelajaran di luar negara.

“Tujuan utama saya pulang ke Malaysia adalah untuk memperbaharui visa pelajar. Kebetulan, Pengerusi UniKL RMCP, Datuk Dr Adham Baba tawarkan saya mengadakan sesi ini,” katanya.

Gambar Nur Amalina dan ibunya, Sabariah Hassan bersama pelajar dan pensyarah UniKL RCMP.

***
Notadiri

Allah taala memilih kita melalui wasilah manusia,
Bila Allah lukiskan sesuatu takdir untuk kita, tiada siapa yang memadamkannya,

Tawakallah dalam setiap perkara,
dalam setiap saat kehidupan.


Wednesday, 23 December 2015

10 TIPS JIMATKAN MINYAK KENDERAAN YANG RAMAI TAK TAHU



Tahukah anda sebenarnya ada cara untuk untuk menjimatkan penggunaan minyak kenderaan anda. Berikut adalah tips untuk menjimatkan minyak kenderaan anda.
1. Elakkan Memperlahankan Kenderaan Secara Mengejut
Jangan berhenti secara tiba-tiba kerana tenaga yang digunakan untuk memberhentikan kereta secara drastik lebih banyak berbanding berhentikan kereta secara perlahan.
Perlahankan kenderaan dengan melepaskan minyak perlahan-lahan sebelum menekan brek.
2. Jangan Memecut Dengan Kadar Yang Terlalu Perlahan
Kajian menunjukkan penggunaan minyak lebih tinggi apabila mencapai kelajuan 50 batu/jam dalam masa 30 saat berbanding 15 saat.
Mungkin ada antara kita berfikir menggunakan gear rendah akan menjimatkan minyak, ianya betul tetapi apabila ia mencapai had kelajuan pada gear tersebut, penggunaan minyak akan bertambah.
3. Tutup Tingkap Dan Gunakan Penghawa Dingin
Bila tingkap dibuka, kereta anda akan jadi kurang aerodinamik dan akan membantutkan sedikit pecutan kereta.
Kajian juga menunjukkan penggunaan penghawa dingin ketika memandu laju menggunakan lebih sedikit minyak berbanding ketika memandu perlahan.
4. Jangan Gunakan Gear Neutral Ketika Turun Bukit
Mungkin anda akan tertanya-tanya kenapa tak boleh guna gear Neutral? Bukankah gear Neutral lebih menjimatkan minyak?
Sebenarnya anda sedikit silap. Kerana kebanyakan kereta terkini dilengkapi dengan Deceleration Fuel Cut-off yang dikawal oleh komputer.
Apabila anda turun bukit tanpa meneutralkan gear dan anda tidak memijak pedal minyak, alat yang ‘menyuntik’ minyak tersebut ke dalam enjin akan tertutup sendiri, tetapi tayar masih lagi berjalan dan tiada penggunaan minyak semasa keadaan tersebut.
Lagipun, adalah amat berbahaya meneutralkan gear semasa menuruni bukit.
5. Penggunaan Gear Yang Sesuai
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran petrol kerana tekanan terhadap enjin menjadi terlalu tinggi.
Gunakan mod `ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.Pemanduan dengan kadar yang laju pada gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45 peratus dari yang sepatutnya.
Penggunaan kenderaan bertransmisi manual, membolehkan anda menjimatkan minyak.
6. Tanyar Diisi Dengan Tekanan Angin Yang Betul
Tekanan angin mesti betul. Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak bertambah 5 peratus.
Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak.
Jangan biarkan tayar kurang tekanan angin kerana ia menyebabkan kereta dipandu lebih berat dan ini tidak menjimatkan minyak.
Tekanan tayar yang kurang menyebabkan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35 peratus.
Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.
7. Memandu Dengan Kelajuan Yang Sesuai
Sikap dan cara pemanduan kerana banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut.
Misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, jangan sesekali menukar gear (misalnya gear 5) terus kepada gear rendah dan brek secara mendadak.
8. Kurangkan Berat/Bebanan
Anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan minyak melebihi tahap biasa.
Jadi, jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor).
Perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari.
Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2 peratus.
9. Kurangkan Kelajuan
Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) meningkatkan penggunaan minyak.
Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).
10. Matikan Enjin Kereta Ketika Sedang Menunggu
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Menunggu suami, isteri atau kawan yang singgah di kedai runcit untuk membeli barangan kadang kala boleh menjadi terlalu lama.
Ini mungkin kerana terdapat ramai pelanggan di kedai tersebut. Jadi, buka tingkap kereta dan matikan sahaja enjin untuk menjimatkan minyak kereta anda.

Penjelasan TNB isu tips cabut soket jimat elektrik


Menerusi laman sosial, kini viral mengenai tips penjimatan elektrik yang mudah dengan hanya mencabut plug perkakasan elektrik pada soket apabila ianya tidak digunakan lagi.
Berdasarkan kenyataan rasmi daripada Tenaga Nasional Berhad, memang benar pembaziran elektrik akan berlaku sekiranya suis tidak ditutup serta plug tidak dicabut dari soket. Tambah kenyataan TNB lagi, pengguna adalah dinasihatkan supaya mencabut plug daripada soket apabila tidak digunakan dan perlu matikan suis.
Ikuti kisah benar orang ramai yang mengikuti tips penjimatan elektrik daripada TNB. Ternyata ianya bukanlah rekaan semata-mata tetapi terbukti berkesan untuk menjimatkan bil elektrik bulanan.







8 GAMBAR Tersebar ! Dato AC Sambut Birthday Dah Macam Pesta...? ! MASYAALLAH !


Siapa yang tidak kenal dengan Dato AC Mizal bukan? Lebih-lebih lagi dengan tagline “ Peace Yall” yang cukup sinonim dengan diri beliau.

Malah, semua orang tahu bahawa beliau mempunyai kehidupan yang cukup mewah dan ia cukup terserlah di sambutan majlis ulangtahun kelahiran beliau baru-baru ini. Dah macam “party” artis antarabangsa.

Tak percaya? Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis tersebut dengan membaca artikel ini sepenuhnya.









Respon Berani MATI Bekas Tunang Adira Selepas Dapat Tahu Adira Nikah Datuk Seri


Respon Berani MATI Bekas Tunang Adira Selepas Dapat Tahu Adira Nikah Datuk Seri
PERGHHH ! TERBAIK ! Susah nak jumpa lelaki BERANI MATI macam ni. Korang mesti TERKEJUT dengan apa yang dia cakap ni.

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin tidak terkejut dengan berita perkahwinan bekas tunangnya penyanyi Adira yang heboh diperkatakan pada Isnin lalu.

Shahrul, 29, berkata, Adira bukan lagi urusan peribadinya dan wanita berkenaan berhak mencari kebahagiaan untuk dirinya sendiri.

"Saya tahu Adira berkahwin daripada seorang kawan tetapi saya tidak terkejut kerana kami tiada sebarang ikatan lagi.

"Terpulang kepada dia kerana itu adalah kehidupannya dan sebagai rakan saya hanya boleh mendoakan kebahagiannya dan suami," katanya kepada mStar Online.

Shahrul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert 5 Divo di Bukit Damansara di sini, Selasa.

Terdahulu, Adira mengakui sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Datuk Seri Adnan Abu selepas hanya tiga minggu berkenalan.

Sebelum itu, gosip mengatakan Adira sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan tersebar luas sejak Khamis lalu.

Gosip tersebut bertambah kuat apabila isteri pertama Adnan yang dikenali sebagai Datin Red mendedahkan di ruang komen menerusi gambar dimuat naiknya bahawa dia dan Adira kini berkongsi suami.



Adira sebelum ini pernah bertunang dengan Shahrul Nasrun Kamarudin pada 22 Disember tahun lalu namun ikatan berkenaan putus pada pertengahan April lalu.

Dalam pada itu, Shahrul berkata, dia berharap Adira bahagia dengan pilihannya dan menjaga rumah tangganya dengan baik.

"Kehidupan berkahwin berbeza dan saya berharap dia menjaga rumah tangga dengan baik, bersikap lebih matang dalam setiap keputusannya," katanya.

Shahrul turut meminta peminat tidak mengecam Adira yang tidak berpuas hati dengan keputusan penyanyi itu berkahwin secara tiba-tiba dan mendoakan kebahagian pasangan itu.

Dalam perkembangan lain, Shahrul berkata, gosip mengatakan dia sudah bertunang dengan usahawan kosmetik iaitu Fatin Amira adalah tidak benar.

Shahrul bagaimanapun mengakui sedang menjalinkan hubungan dengan wanita tersebut dan merancang untuk bertunang pada tahun hadapan.

"Benar saya berkawan dengan Fatin tetapi kami belum bertunang seperti dilaporkan.

"Insya-Allah perancangan itu ada mungkin tahun hadapan," ujarnya.

WAJAH PELAKON CJ7 DULU DAN KINI ,MUNGKIN ANDA TIDAK PERCAYA.


Jika korang pernah menonton filem CJ7 (2008), filem arahan pengarah Stephen Chow yang bercerita tentang alien dan keluarga miskin yang harus  hidup disebuah bandar metropolitan di China, maka anda tidak asing lagi dengan tokoh Dicky, anak Stephen Chow.

Tapi  Dicky ternyata anak perempuan bernama Xu Jiao. Kini Xu Jiao telah  dewasa dan  menjadi gadis yang cantik rupawan.








Fasha Sandha baru UPLOAD BUKTI kes CERAI ..!!








---------------------------------------------------------------------------------------------
berita lama

Fasha Sandha: Sukarnya Kahwin Tanpa Restu Kelurga


Kesian aktres cun kita ni. Belum kahwin banyak gosip. Sejurus lepas kahwin orang masih bergosip mengapa ibu pengantin lelaki tidak hadir perkahwinannya. Lalu timbullah andaian bahwa ia perkahwinan yang tak direstui keluarga lelaki.Pasti sukar menghadapi perkahwinan yang tak direstui keluarga. Kisah perceraian Rita Rudiani dan Aidil Zafuan adalah antara antara contoh perit dan klasik sebuah perkahwinan yang tak direstui keluarga.Tapi apakah benar perkahwinan Fasha dan Jejai tak direstui keluarga? Ini jawapan Fasha

PETALING JAYA-pelakon Fasha Sandha yang baru mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli (Jejai) enggan mengulas dakwaan kononnya perkahwinan beliau dengan anak bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib itu tidak mendapat restu.

Fasha berkata, dia kini bahagia selepas seminggu bergelar isteri dan bersyukur kepada Allah kerana telah memberikannya seorang suami yang baik.

"Maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu," ujarnya ringkas kepadamStar Onlineketika ditemui di Sri Pentas semasa pelancaran drama bersiri Seindah Sakura di sini pada Khamis.

Fasha dan Jejai selamat bernikah dalam satu majlis sederhana pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara di sini.

Pada upacara akad nikah yang dihadiri kira-kira 250 tetamu itu, wakil keluarga Jejai yang kelihatan hanyalah bapanya sahaja sebaliknya ibu beliau iaitu Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah tidak berada pada majlis tersebut.

Situasi tersebut menimbulkan spekulasi kononnya keluarga lelaki tidak merestui perkahwinan berkenaan.

-----------------------------------------

Rayqal tak perlu 2 ibu

Tidak berdendam atau membenci sebaliknya luka lama yang masih belum sembuh membuatkan aktres dan pengacara comel Nora Danish masih belum bersedia untuk berkongsi kasih anaknya Rayqal dengan wanita lain.


Umum semua sudah mengetahui tentang hubungan cinta aktres popular Fasha Sandha dengan bekas suaminya Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai) , namun itu bukanlah lesen untuk Fasha mendekati permata hatinya itu.

"Saya masih lagi berpegang dengan kata-kata lalu. Walaupun dia sekarang bersama Jejai, tapi saya berharap dia tak perlulah jumpa-jumpa anak saya atau teringin nak jadi ibu kepada anak saya.

"Lagipun saya tak fikir anak saya perlukan ibu tiri atau apa. Mungkin nampak saya kuat tapi tidak sebenarnya. Kalau dia dah rajin beli barang mainan kanak-kanak sebagai persediaannya untuk menjadi ibu baguslah buat diri dia," katanya ketika diminta mengulas mengenai gosip yang disiarkan di ruangan Murai Batu tentang kehadiran Fasha Sandha di sebuah kedai permainan kanak-kanak yang mana ia menjadi pilihan kekasih hati Fasha, Jejai untuk membeli barang mainan anaknya.

Nora yang kelihatan sedikit kurus ditemui pada majlis pelancaran program Kamilah Bintang pagi tadi, tidak menolak sekiranya masa depan keadaan tersebut bertukar menjadi sebaliknya.

"Sekiranya mereka berkahwin, itu saya tak tahulah. Mungkin keadaan akan bertukar menjadi lain pula. Tapi kalau pada masa sekarang, memangnya saya tak akan mengizinkan dia untuk berjumpa atau berhubung dengan anak saya,"jelasnya dengan nada tegas.

Tidak bermusuh dengan Jejai demi anak, Nora berharap prinsipnya itu tidak diganggu.
Mengulas mengenai aktiviti hariannya kini, aktres berusia 28 tahun itu kini sibuk mengambil kelas yoga dan pilates semata-mata ingin mengembalikan kecerdasan kesihatannya yang dilihat semakin menurun.

"Saya tak cukup tidur kerana sibuk dengan kerja serta sibuk menjaga anak, jadi badan dah tak bermaya dan tak sihat. Cepat penat dan semua ini menganggu diri saya. Tapi alhamdulillah sekarang setelah memasuki kelas Yoga dan Pilates semuanya berubah. Malah saya juga berbasikal pada setiap petang," ucapnya.

Mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap anak dan kerja seniya, Nora berkongsi pengalamannya berlakon bersama seekor katak bagi menjayakan watak Qistina dalam drama Putera Katak.

"Tiga bulan saya bersama katak tu, memang tak percaya. Saya seorang yang geli dan memang tak suka katak. Bayangkan saya terpaksa cium katak tersebut, mula-mula memang tak tahan. Lama-lama saya sendiri rasa sayang pada katak itu," katanya.

Fasha Sandha AKHIRNYA Bersuara Cerita DALANG sebenar di sebalik PENCERAIAN

Fasha Sandha AKHIRNYA Bersuara Cerita DALANG sebenar di sebalik PENCERAIAN dengan Jejai. Luahan Sayu yang buat kita menangis. Bertabahlah Fasha !





Fasha Sandha luah perasaan isu rumahtangga bergolak | Desas-de­sus masalah rumah tangga pelakon Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai semakin hangat diperkatakan hari ini berdasarkan beberapa status di laman sosial pelakon itu.

Berikut adalah kenyataan terbaharu yang dimuat-naik Fasha di ruangan Instagram miliknya, seakan mengiyakan bahawa rumah tangganya kini sedang mengalami masalah.

“Semoga Allah memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya dan anak-anak untuk mengharungi segala-galanya.”

Sebelum ini, Fasha turut memuatkan komen yang mengkritik sikap salah seorang adik iparnya yang dikenali sebagai Azalea, selain turut mengaitkan bekas isteri Jejai, pelakon Nora Danish dalam beberapa kejadian.

Fasha ada menulis “To Nora, thank you very much. Akhirnya berjaya membuatkan hubungan saya dan keluarga mertua saya semakin ‘rumit’. Berterusan secara halus membuat supaya bertambah dibenci.”

Selain itu juga, Fasha turut menulis “Awak dan bekas iste­ri telah berjaya membuatkan pertelingkahan besar kami. Kerana saya ada akal, saya yang akan mengalah dan undur diri.”

Bagaimanapun status berke­naan hari ini telah dipadamkan dari laman sosial berkenaan, meskipun ada sebahagian peminat sempat membuat rakaman tangkap layar (screenshoot) yang kini dibincangkan secara meluas di laman sosial.

Selain itu, kisah keretakan rumah tangga Fasha dan Jejai juga ditulis dalam beberapa portal hiburan yang turut memberitahu bahawa pelakon itu juga sudah mengunjungi sebuah pejabat agama, untuk menyelesaikan isu rumah tangganya.

Beberapa sumber info lain juga menguatkan desas-desus ini adalah melalui perkongsian gambar, ibu mertua Fasha, Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah yang menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-42 tahun, baru-baru ini tanpa kehadiran Fasha.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan Fasha gagal memandangkan telefon pelakon itu tidak diaktifkan.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 31, mengahwini Jejai pada 28 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Putera Rayfal Ramli dan Puteri Raysha Jemima.


Sebelum bergelar suami kepada Fasha, Jejai juga pernah mengahwini pelakon Nora Da­nish. Bagaimanapun perkahwinan me­reka hanya bertahan selama dua tahun sejak 20 Jun 2006 hingga 10 Julai 2008 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal.

About

Popular Posts